Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Dibuka Semula Hari Ini
GAYA HIDUPDecember 17, 2021 - 11:38 AM
Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Seksyen 27 dekat sini yang ditutup berikutan kejadian tanah runtuh pada 2 Disember lalu tetap dibuka kepada semua lalu lintas esok seperti yang diumumkan sebelum ini.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Zolkafly Harun berkata, laluan itu akan dibuka mulai esok 9(17/12/2021) setelah kerja-kerja pembersihan cerun siap sepenuhnya.
“Jalan berkenaan akan dibuka mulai esok memandangkan kerja pembersihan cerun telah siap sepenuhnya dan perkara ini telah disahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Walaubagaimanapun, ia tertakluk kepada justifikasi dan penilaian risiko yang dikeluarkan oleh Unit Cerun JKR dari semasa ke semasa.
“Justeru, pengguna jalan bagi laluan itu dinasihatkan mengambil langkah berhati-hati dan melakukan perancangan awal ketika memandu di laluan tersebut,” katanya ketika sesi penggulungan Belanjawan 2022 Perak pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah