Jom Try Buat Resipi Nam Tok Salad (Thai Beef Salad) Di Rumah!

GAYA HIDUP
January 18, 2021 - 03:18 PM


Kalau korang tak tahu, baru-baru ini kecoh pasal isu daging harimau menangis kerana ibu Neelofa nak trademark nama menu tersebut.  Walaupun daging harimau menangis ni sedap dimakan dan rasa dia memang padu, korang tahu tak ada lagi satu resipi daging yang sedap dimakan? Nama menu daging tersebut adalah Nam Tok atau lebih dikenali sebagai Thai Beef Salad. 

Resipinya mudah sahaja, sama macam korang buat steak ala Gordon Ramsay tu. Resipi ini dikongsikan oleh Seonkyoung Longest di Facebook. Ini adalah bahan-bahan yang diperlukan. 

  • 400-500 gram daging (lagi sedap kalau guna sirloin atau ribeye)
  • 1 sudu kecil lada hitam (tumbuk kasar)
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1/2 batang serai, vertical slices

  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1/2 biji jus limau nipis
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu besar gula kabung
  • 1 sudu kecil 'roasted rice powder' atau serbuk beras (gambar di bawah)

  • 1 biji bawang merah 
  • Daun ketumbar
  • Daun pudina
  • 1 biji daun bawang

Haa, tak susah pun kan nak cari bahan-bahan yang diperlukan. Kemungkinan besar kebanyakan bahan ni dah pun ada dalam rumah korang betul tak? Untuk cara masakan, korang boleh tengok video masakan di bawah ni untuk faham dengan lebih lanjut. Have fun, dan selamat menjamu selera guys! Jangan lupa share gambar di ruangan komen. 

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah