Kerlas Tengku Zafrul! Ajak Anak Muda Kongsi Idea Untuk Bajet 2022 Kat TikTok
GAYA HIDUPSeptember 08, 2021 - 04:29 PM
Ketampanan dan aura positif yang dimiliki Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz antara yang mencuri perhatian di aplikasi TikTok sebaik beliau secara rasmi memiliki akaun media sosial itu sejak 24 Ogos lalu.
Melihat aplikasi TikTok yang terkenal dengan kandungan menyeronokkan dalam kalangan golongan muda, Tengku Zafrul tidak ketinggalan mendekati dan menyelami masalah yang ingin dibangkitkan anak muda.
Malah keterbukaan Tengku Zafrul menerima pandangan orang ramai di platform media sosial itu turut mendapat maklum balas positif apabila rata-rata menganggap beliau menteri berjiwa rakyat.
Menerusi hantaran terbaharu Tengku Zafrul di TikTok, beliau mengajak anak muda untuk menyumbang idea menjelang pembentangan Bajet 2022 yang dijadual 29 Oktober ini.
Tengku Zafrul menerusi video terbaharu di aplikasi TikTok berkata, orang ramai hanya perlu muat naik video berdurasi satu minit dengan menggunakan tanda pagar #MyInclusiveBudget dan #Bajet2022.
Tambah beliau, selain TikTok rakyat Malaysia juga boleh berkongsi idea menerusi portal Kementerian Kewangan (MoF) sebelum 15 September.
Sejak memuat naik hantaran itu semalam, video terbabit menerima lebih 50,000 tontonan dan 600 komen.
Setakat ini, Tengku Zafrul sudah memiliki lebih 112,000 pengikut di TikTok.
@tzafrul_aziz Anda ada idea untuk Bajet 2022? Rakam dan upload ke TikTok! #KeluargaMalaysia #MYInclusiveBudget #Bajet2022 #fyp #foryoupage
♬ original sound - Tengku Zafrul Aziz
Sumber: Malaysia Gazette
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah