Tips Bersihkan Rumah Pasca Banjir Yang Lebih Mudah & Selamat
GAYA HIDUPDecember 20, 2021 - 05:40 PM
Kejadian banjir besar yang melanda negara terutama di Kuala Lumpur dan Selangor pada Isnin kembali pulih dengan banyak lokasi yang telah mengalami air surut dan matahari juga mulai memancarkan sinar tanpa turun hujan.
Ini bermakna semakin ramai juga mangsa yang pulang ke rumah masing-masing bagi meneruskan pula proses pembersihan rumah untuk pasca banjir.
Berikut adalah tips dan petua penting yang boleh diamalkan bagi membantu anda memudahkan lagi proses pembersihan rumah bersama ahli keluarga dan sukarelawan.
Tips ini adalah perkongsian daripada Faisal Rahim yang berpengalaman beberapa kali menghadapi banjir sebelum ini serta Chef selebriti media sosial yang popular dengan ungkapan "Hey, what's up guys" iaitu Khairulaming.
TIPS PENTING PASCA BANJIR OLEH Faisal Rahim :
• Balik rumah ketika air banjir masih paras betis untuk cuci rumah.
• Sebab mudah nak cuci dinding, tarik karpet dan tikar getah untuk letak kat luar rumah.
• Mudah nak keluarkan perabot, tilam dll yang rosak dan kembang.
• Bila air banjir dah paras buku lali, balik rumah sekali lagi untuk full bersihkan lumpur+kotoran kalau ada. Tolak keluar.
• Kalau balik ketika air banjir dah kering sepenuhnya, lumpur akan penuh di dinding dan lantai.
• Korang perlukan air yang sgt banyak nak bersihkan.
• Nak bersihkan rumah yang berlumpur (kering) memang sangat memenatkan. Seminggu tak siap.
• Sukarelawan paling banyak diperlukan untuk bersihkan rumah berbanding waktu ini.
• Rumah lepas banjir jaga jaga kalau celah almari, bawah dapur, dalam almari atau mana mana yang ruang sempit. Tempat lipan, kala jengking dan ular. Sila hati-hati nak bersihkan rumah.
• Jangan lupa bawa gergaji untuk leraikan perabot rosak. Sebab bila basah, ia berat dan kembang. Kadangkala tak muat pintu dah.
TIPS PASCA BANJIR OLEH Khairulaming :
1. Cuci bilik tidur dahulu. you need a clean and comfortable space untuk tidur dan rehat sbb proses cuci akan ambil masa seminggu
2. Jangan terus hidupkan alatan elektronik yg dah tenggelam walaupun dah kering
3. Cuci brg2 yang ada fabrik dahulu mcm carpet, sejadah, pakaian, sebelum dia mula jadi keras sbb lumpur. barang2 mcm pinggan mangkuk, tupperware tu last sekali pun takpe
4. Kalau ada tilam yg mmg dh berbau teruk and tak boleh pakai, letak dulu depan rumah. pls jangan bakar tilam tu, asap hitam busuk keluar nanti.
5. Keluarkan sampah dari parit depan rumah supaya air cucian boleh mula mengalir
6. Kalau nak cat balik dinding and ada duit lebih, invest kat cat minyak. kalau terjadi lg banjir inshaAllah tak melekat sgt “water mark”.
7. Actually benda plg tak senang lepas banjir ialah debu dan bau. mmg akan keluar bau bangkai and satu kejiranan akan jd sangat berdebu bila lumpur kering dan mula berkerak. yg ni mmg kena tnggu hujan berkali-kali utk flush balik semua debu. this will take a few weeks.
8. Yang part electronic, kereta, motor ni aku nk mintak tolong org lain sambung kat bwh cara2 nak handle kalau dh tenggelam air banjir. sbb time banjir teruk dulu aku tengah sekolah lg time tu, tak pandai benda2 macam ni.
Sumber: Twitter Faisal Rahim & Khairulaming
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah