3 Hotel Romantik Di Melaka Untuk Percutian Bersama Pasangan Tercinta

HOTEL
March 09, 2021 - 01:13 PM


Melaka bandaraya bersejarah.

Negeri ini memang menjadi pilihan bagi mereka yang ingin berjalan-jalan bersama keluarga atau pasangan kerana terdapat pelbagai tarikan menarik yang boleh dilawati di sini. Tapi bila pergi bercuti, sudah tentu korang nak duduk di lokasi penginapan yang selesa kan? Kalau bersama pasangan pula, lokasi romantik menjadi pilihan. 

 

1) Philea Resort & Spa Melaka

Resort terbaik di Melaka untuk berehat dan tenangkan diri. Resort 5 bintang ini mempunyai pelbagai pilihan bilik untuk korang pilih, namun kami suggest untuk korang ambil Philea Suite atau Pavilion Room. Kerana design yang digunakan sangat cosy dan romantik untuk masa bersendirian bersama pasangan tercinta. 

Alamat: Lot 2940, Jalan Ayer Keroh, Off Jalan Plaza Tol, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Harga: Bermula dari RM391

Laman Web | Facebook | Instagram

 

2) Rosa Malacca

Hotel yang mempunyai 60 bilik dan menggunakan astetik batu bata merah menambahkan lagi keunikan lokasi ini. Dah macam kat New York pula. Bilik di hotel ini juga luas dan mempunyai design minimalistik yang membuatkan korang tak mahu keluar dari bilik hotel ni.

Alamat: 212 Jalan Parameswara, Kampung Bandar Hilir, 75000 Melaka

Harga: Bermula dari RM168

Laman Web | Facebook | Instagram

 

3) The Rucksack Caratel 

Hotel butik Instagrammable di Melaka. Terdapat dua jenis penginapan korang boleh pilih iaitu Jonker Wing dan Garden Wing. Untuk percutian romantik, korang boleh ambil Garden Wing yang akan memberi view garden yang sangat cantik. Dan pool dia juga memberikan suasana nature retreat di sini.

Alamat: 107, Jalan Bandar Kaba, 75000 Melaka

Harga: Bermula dari RM99

Laman Web | Facebook | Instagram

 

Jadi itulah dia 3 hotel romantik yang ada di Melaka untuk korang lari dari kesibukan kerja dan bandar dan spend masa bersama pasangan tercinta. 

So kalau korang stay di Melaka, bolehlah usha 3 lokasi penginapan ni. Untuk yang duduk di luar, buat masa sekarang ni pergerakan rentas negeri masih lagi tak dibenarkan. Tapi korang boleh plan cuti dari awal agar tidak terlepas untuk duduk di lokasi-lokasi di atas. 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah