4 Penginapan Minimalistik Yang Memberikan Suasana Tenang Ketika Staycation Korang

HOTEL
March 03, 2021 - 12:36 AM


Penat kerja seharian dan stress menghadap trafik sesak setiap hari? Ingin cari lokasi terbaik untuk korang lari dari kesibukan bandar dan tenangkan diri? Jangan risau, di Malaysia ni terdapat beberapa hotel yang menggunakan tema minimalistik, dengan kata lain korang memang tak akan serabut kepala bila stay di 3 hotel ni. 

 

1) The Rubber Escape, Melaka

Terletak di Alor Gajah, nature retreat yang berada di tengah-tengah ladang getah ni memberikan satu vibe yang sangat unik dan menenangkan. Terdapat 12 bilik tetamu dan setiap satu daripadanya boleh memuatkan dari 2 hingga 4 orang. Untuk pasangan boleh duduk di Deluxe Double Room dan family pula di Family Room Courtyard.

Boleh baca artikel dari Rileklah untuk tahu info lebih lanjut tentang lokasi unik ini.

Alamat: Lot 2443, The Rubber Escape, Jalan Satelit Lendu, Alor Gajah, Melaka, 78000

Laman Web Facebook | Instagram

 

2) Zen Retreat Waterfall Villa, Perak

Sebuah homestay unik yang mempunyai air terjun di dalam rumah! Bukan tu je, homestay ini juga merupakan bekas pemilik penyanyi lagenda tanah air iaitu Dato' Jamal Abdillah. Homestay ini boleh memuatkan sehingga 14 orang dan ada 4 bilik tidur. Lokasi yang berdekatan bandar Taiping juga membuatkan homestay ini sangat sesuai untuk didiami sekiranya ingin berjalan ke bandar tersebut.

Untuk info lebih lanjut, boleh juga baca artikel dari Rileklah mengenai lokasi unik ini.

Alamat: 32A, Lorong Damai, Taman Suria, 34000 Taiping, Negeri Perak

Facebook | Instagram

 

3) MoMo's, Kuala Lumpur

Hotel yang dikenali dengan bilik mikro yang mempunyai design minimalis dan warna yang menarik perhatian pengunjung di sini. Ia juga mempunyai design dari syarikat Akin Atelier dari Sydney, Australia. Dengan harga yang sangat murah berbanding hotel lain, MoMo's menawarkan segala fasiliti lengkap seperti WiFi, Smart TV, dan lampu yang boleh dimalapkan. 

Alamat: 316, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Laman Web | Facebook | Instagram

 

4) Creator Hotel, Johor

Hotel yang membawa maksud minimalistik kepada satu tahap lain daripada yang lain. Bila masuk di hotel ini, pengunjung pasti tak boleh berhenti mengambil gambar kerana astetik warna putih yang digunakan beserta perabot yang ada saling melengkapi antara satu sama lain.

Untuk tahu lebih lanjut, korang boleh check out artikel dari Rileklah mengenai hotel cantik ini.

Alamat: Lot 1566, Batu 20, Jalan Besar, 81000 Kulai, Johor, Malaysia

Laman Web | Facebook Instagram

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah