7 Lokasi Penginapan Keluarga Yang Wow Di Hulu Langat!
HOTELNovember 24, 2021 - 03:32 PM
1. Far Far Away
Terletak hanya 1 jam dari Kuala Lumpur, Airbnb ini menjanjikan satu permandangan yang memukau dikelilingi Hutan Rekreasi Sungai Congkak. Hiasan dalaman yang cukup berwarna-warni ini mampu membuat anda berasa nyaman. Airbnb ini sangat sesuai untuk bercuti bersama keluarga ataupun kawan-kawan. Dengan ruang tamu yang cukup luas, villa ini mampu menampung sehingga 20 orang. Selain dari itu anda boleh mandi-manda di kolam sambil dikelilingi hijau hutan, dan juga berbarbekue bersama insan tersayang anda!
Alamat: Jalan Far far away, Batu 20, 43100 Hulu Langat, Selangor
Contact: +60 12 393 3545
2. Dedaun Langat
Hulu Langat yang dikelilingi tumbuhan hijau menjadikan Dedaun Langat Resort satu lokasi penginapan yang sempurna untuk lari dari kesibukan bandar. Resort ini menawarkan beberapa unit dua tingkat dan terdapat satu kolam dan permainan air berada di tengah. Resort ini cukup luas dan amat sesuai sama ada percutian bersama keluarga atau kawan kawan.
Alamat PT 86, Kampung Orang Asli, 43100 Hulu Langat, Selangor, Malaysia
Contact: +6011 5502 6056
3. Nouri Glass Villa
Dikelilingi landskap hijau yang cukup indah, Nouri Glass Villa adalah satu lokasi penginapan yang melengkapi keindahan semula jadi kawasan tersebut. Villa yang dilengkapi dengan patio, kolam persendirian dan juga kemudahan barbekue amat sesuai untuk satu acara keluarga atau kawan-kawan. Villa ini dibina dengan cukup luas dan mampu menampung sehingga 20 orang. Yang menariknya terdapat satu kebun berdekatan dengan patio yang penuh dengan buah-buahan tempatan!
Alamat: Lot 3488, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor, Malaysia
Contact: +6013 635 6083
4. Rumah Kebun
Terletak tidak jauh dari bandar, Rumah Kebun menjadi satu lokasi yang amat sesuai untuk short getaway pada hujung minggu anda! Banglo ini dikelilingi dengan hijau hutan dan tumbuhan yang menjanjikan satu pengalaman percutian yang menenangkan. Terdapat 11 bilik dan Rumah Kebun mampu menampung sehingga 16 orang. Selain dari dapur yang boleh digunakan, Rumah Kebun juga menyediakan satu ruang makan outdoor yang best dan dilengkapi dengan satu kolam renang mata air.
Alamat: Kampung Sungai Semungkis Batu 14 1/2, Hulu Langat, 43100 Selangor
5. Glamgoat Aman Dusun Farm Retreat
Ignin merasai satu kelainan setelah penat dengan kehidupan di Bandar? Aman Dusun adalah satu lokasi penginapan yang menawarkan satu pengalaman lain dari yang lain! Terdapat satu kebun orked dan juga ladang kambing! Selain itu hanya dua unit yang ditawarkan dan cukup sempurna untuk satu percutian bersama keluarga yang besar. Unit The Blue House mampu menampung sehingga 14 orang, dilengkapi dengan dapur. Manakala unit Riverview House mampu menampung sehingga 10 orang dan terdapat satu veranda yang luas dan satu kolam renang infiniti!
Alamat: 1173 Dusun Tua Batu 16, 43100 Hulu Langat, Selangor
Contact: +6012 395 0503
6. Daun Retreat
Terletak di bukit bukau yang kaya dengan tumbuhan hijau dan buah-buahan tempatan. Daun Retreat menawarkan tiga jenis penginapan yang sempurna untuk keluarga atau kumpulan dan termasuk juga pasangan! Gerimis Senja Villa mampu menampung sehingga 15 orang manakala Kasturi Cabin mampu tampung 6 orang. Kalau anda mahukan satu villa yang mampu menampung lebih ramai orang, Norehan's Place yang gah mampu memuaskan hati anda!
Alamat: Batu 17 3/4, Kampung Dusun Tua, 43100, Selangor
Contact: +6012 252 2235
7. Two Sungai Residence
Macam nama lokasi penginapan, Two Sungai Residence terletak di mana dua sungai bertemu. Dengan dua unit berasingan, Two Sungai Residence mampu menampung sehingga 20 orang. Terdapat 8 bilik tidur dan 7 bilik mandi, dua ruang tamu yang dihiasi dengan cukup bergaya dan luas! Homestay di tepi sungai ini sesuai untuk anda yang sukakan aktiviti outdoor! Antara fasiliti yang disediakan satu kolam persendirian, ruang makan outdoor di patio, satu meja pool dan juga satu mesin arked yang sesuai untuk seisi keluarga!
Alamat: Jalan Sungai Congkak 43100 Hulu Langat, Selangor
Contact: +6013 635 6083
Sumber: HaveHalalWilTravel
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah