Adagaya Villa Langkawi - Villa Romantik Untuk Pasangan Yang Inginkan Privasi
HOTELNovember 02, 2020 - 12:53 PM
Sepertimana yang korang semua tahu, Langkawi merupakan lokasi pelancongan yang sangat cantik dan menarik untuk pelancong tempatan dan luar. Jadi tak hairanlah kalau terdapat beberapa hotel atau resort yang unik dan lain daripada yang lain di sini. Salah satu resort tersebut adalah Adagaya Villa Langkawi yang terletak berdekatan dengan Pantai Cenang.
Villa ni memang sesuai untuk korang yang inginkan ketenangan dan jauh daripada orang ramai. Ia mempunyai private pool untuk korang rileks dan mandi tanpa gangguan orang lain. Adagaya Villa Langkawi mempunyai 3 jenis villa yang mempunyai satu bilik tidur, dengan kata lain, memang sesuai untuk honeymoon atau anniversary dengan pasangan korang.
Seperti villa lain, ia juga lengkap dengan kemudahan asas seperti ruangan makan dan juga dapur. Tapi, kalau korang tak nak memasak jangan risau, Adagaya Villa ada menyediakan servis barbecue, candlelight dinner, dan juga floating breakfast untuk korang. Semuanya disediakan atas permintaan korang dengan caj tambahan dan memang sedap makanan di sini.
Villa ini dimiliki oleh orang Muslim, jadi jangan risau tentang status halal makanan yang disediakan okay. Dan yang paling best sekarang ni tengah ada promo kaw-kaw punya. Korang boleh dapatkan harga RM516 untuk satu malam dan dapat breakfast percuma, transport untuk ke airport (2 hala), snek, dan minuman percuma. Separuh harga tu, kebiasaanya harga satu malam bermula dari Rm1,290 tau guys.
Jadi jangan tunggu lama-lama, promo ni hanya sampai 30 Disember 2020 je. Kalau korang ada plan nak pergi ke Langkawi bersama pasangan korang, boleh lah datang dan duduk di sini. Memang cantik, romantik, dan berdekatan dengan pantai. Untuk info lebih lanjut korang boleh pergi ke laman web utama mereka atau media sosial di bawah:
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah