Batu Batu Resort - Hidden Gem Di Pulau Tengah Yang Korang Wajib Pergi

HOTEL
November 19, 2020 - 05:12 PM


Island Getaway merupakan salah satu aktiviti yang sangat diminati oleh kaki travel terutamanya di Malaysia yang penuh dengan pulau-pulau yang ada. Namun masih ada lagi yang tak tahu tentang satu lokasi best di Pulau Tengah, Johor. Lokasi ini menempatkan satu resort yang sangat cantik dan seolah-olah tersembunyi dari dunia luar iaitu Batu Batu Resort.

Untuk sampai ke resort ni korang perlu menaiki bot selama 20 minit daripada Mersing. Dari jauh korang dah boleh lihat keindahan pulau ini dan ianya memang seperti masuk ke dalam dunia fantasi. Dikelilingi oleh pokok-pokok dan terletak di tebing laut, korang tak boleh lepaskan peluang untuk mengambil gambar suasana cantik ni. 

Resort ini mempunyai 20 buah villa yang mempunyai 1 bilik tidur dan 2 villa yang mempunyai 2 bilik tidur. Jadi bergantung kepada bilangan orang yang datang, korang boleh pilih mana yang sesuai untuk korang. Kalau korang perasan, seni bina kayu di resort ni memang sangat unik. Ini kerana mereka menggunakan ukiran yang diukir oleh tukang kayu tempatan tau. 

Tapi kami suggest untuk korang duduk di Ocean Villa yang mempunyai 1 bilik tidur dan memberikan pemandangan laut yang sangat cantik. Ia juga didatangi dengan satu bilik air yang sangat besar, balkoni untuk korang rilekkan diri, dan katil kanak-kanak kalau korang bawa family. Tapi kalau nak anak-anak korang dekat dengan swimming pool, korang ambil la villa yang bersebelahan dengannya.

So korang excited tak nak datang ke Batu Batu resort ni? Pemandangan cantik, suasana tenang, jauh dari kesibukan bandar, memang perfect! Tapi sebelum datang make sure korang contact dulu dengan pihak pengurusan kerana pada bulan Disember hingga Febuari ni kan musim hujan, check dulu ramalan cuaca dan uruskan semuanya dengan pihak resort okay? Have fun!

Laman Web Facebook | Instagram

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah