Bercuti Kat Homestay Dalam Hutan Ni, Kolam Renang Pun Sejuk Macam Air Terjun!

HOTEL
August 28, 2020 - 01:50 PM


Sekarang ni memang ramai trend yang suka bercuti masuk hutan untuk lari dari kesibukan kota atau dalam bahasa orang putihnya 'Back To Nature'!

Kalau korang pun ada plan nak bawa keluarga dan anak-anak atau nak buat reunion bersama kawan-kawan lama di dalam tepian hutan yang sejuk dan nyaman, korang boleh cuba bercuti di D'BUKIT HOMESTAY, Pedas, Negeri Sembilan ni.

Selain menawarkan penginapan yang selesa di tengah-tengah alam semulajadi, paling menarik di D'Bukit Homestay ini adalah kolam renangnya di mana air kolam datang dari air bukit yang mengalir daripada celahan batu bukit, jadi airnya sangat sejuk dan memang terasa seperti korang mandi di air terjun!

Malah, kolam renang di situ juga turut menyediakan gelongsor mini untuk anak-anak bersuka ria sambil berenang.

D'Bukit Homestay menyediakan pilihan 5 unit rumah yang berlainan jenis serta kapasiti dengan nama-nama unik seperti :-

1) RUMAH ABAH

‍‍‍‍‍- Muat untuk 6 orang

- Katil queen (6 bantal)

- 2 toto extra

- RM200/malam

‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍

2) RUMAH MAK

- Muat sehingga 5 orang

- Katil queen (5 bantal)

- 2 toto extra

- RM180/malam

‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍

3) RUMAH ACU / NGAH / LONG

- Muat sehingga 4 orang

- Katil queen (5 bantal)

- 1 extra toto

- RM170/malam

Untuk makluman, harga-harga di atas adalah untuk sewaan pada hari-hari biasa, manakala bagi hujung minggu kadar itu perlu ditambah lagi RM20.

Tetapi tetap juga murah dan berbaloi-baloi, kan...

Berikut antara kemudahan dan juga aktiviti yang ada di D'Bukit Homestay ini :-

🔷 Bilik beraircond

🔷 Flat-screen tv di setiap bilik (setiap rumah dibekalkan pendrive yang mengandungi cerita /movie)

🔷 Iron dan iron board

🔷 Jug dan cerek

🔷 Balkoni/teres

🔷 Surau

🔷 Tempat bbq dan peralatan (caj tambahan)

🔷 Dapur memasak penuh kelengkapan dan peti ais, serta ruang makan yang dikongsi.

🔷 Free wifi

🔷 Karoke (caj tambahan)

🔷 Permainan archery (caj tambahan)

🔷 Berbasikal

Kalau korang nak tahu dekat homestay tu juga ada disediakan kolam ikan khas untuk mereka yang gemar memancing. 

Caj yang dikenakan untuk memancing hanya RM10 seorang dan hasil tangkapan korang boleh terus dimasak di dapur yang disediakan oleh pihak homestay. Wow...fresh gitu!

Jangan risau kalau menginap di situ dan tiba-tiba korang rasa lapar kerana homestay ini juga berhampiran ‍‍‍‍‍‍dengan kemudahan mini market seperti Speedmart dan Zemart Pasaraya.

Dan kalau korang teringin nak makan di restoran juga boleh kerana terdapat beberapa tempat makan menarik hanya lebih kurang 1-2km sahaja dari homestay seperti Mak Ngah Corner, Restoran Mak Salai dan Shaa Rizkiez Cafe.

‍‍‍‍‍‍D'BUKIT HOMESTAY

Alamat: Lot 1997 Jalan Tok Nara Kampung Kundur Hulu 71500 Pedas, Negeri Sembilan.

No Telefon: 012-935 7506

Facebook: D'Bukit Homestay

‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍

‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍

 

‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah