Bilut Hills - Homestay Yang Menenangkan Untuk Staycation Hujung Minggu

HOTEL
March 25, 2021 - 03:29 AM


Penat bekerja seminggu dan ingin release stress jauh dari kesibukan bandar? Ingin menyorok menjauhkan diri dari manusia lain? Tak perlu risau, Rileklah nak share satu lokasi homestay yang dekat dengan nature di Bentong, Pahang. Homestay yang dimaksudkan adalah Bilut Hills, sebuah homestay yang sangat cantik dan menenangkan jiwa.

Bilut Hills terletak di tengah-tengah hutan dan berdekatan dengan dusun durian, jadi jangan hairan kenapa korang boleh cium bau durian di sini.

Korang boleh pilih untuk duduk di private chalet atau double room. Tapi disebabkan pemandangan cantik dan romantik di sini, ramai yang datang bersama pasangan mereka.

Kalau macam tu korang boleh book Villa D atau Premium Chalet yang boleh memuatkan 2 orang. Apa yang menariknya adalah pemandangan landskap kehijauan dari bilik korang, memang macam dalam alam mimpi guys. sangat cantik dan romantik. Bilik tu pula agak luas dan mempunyai tandas tersendiri. Kemudahan lain seperti aircond, barang mandi, dan first aid kit juga disediakan.

Terdapat pelbagai aktiviti yang korang boleh lakukan di sini seperti karaoke, melawat dusun durian, dan beri makan arnab.

Kalau nak sesuatu yang lebih extreme, korang juga boleh join ATV off-road. Selain tu ada juga air terjun Chamang yang terletak hanya beberapa minit dari lokasi ini. So kalau korang ada plan nak pergi bercuti ke Pahang bersama pasangan tercinta, Bilut Hills memang perfect untuk korang!

Alamat: Bilut Hills, 27600 Raub District, Pahang

Airbnb | Instagram

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah