Bonda Valley - Penginapan Eksklusif, Penuh Privasi Di Tepi Sungai & Kaki Bukit
HOTELMarch 28, 2022 - 03:44 PM
Jika anda yang dinginkan suasana nyaman, jauh dari hiruk pikuk kota -- maka Bonda Valley adalah lokasi paling tepat untuk jadi tempat percutian anda!
Bonda Valley by Bonda Rozita merupakan penginapan unik milik Pengasas Produk Kesihatan herba Sendayu Tinggi & Jamu Ratu Malaya iaitu Rozita Ibrahim yang bercirikan konsep tradisional moden dan struktur binaan penginapan kebanyakan unit kediaman adalah daripada kayu hutan.
Bagi pengunjung sukakan konsep kediaman moden klasik kontemporari, Rumah Kaca mungkin menjadi salah satu pilihan anda.
Kesemua jenis penginapan menjadikan Bonda Valley tampak lebih klasik dan elegen lain dari penginapan mewah di luar sana.
Bonda Valley terbahagi kepada 5 penginapan utama iaitu:
1) RUMAH SUNGAI BAITUN NAHRI
- Rumah Sungai Baitun Nahri mempunyai 6 pilihan penginapan mengikut kesesuaian dan bilangan tetamu. Setiap rumah mempunyai keunikan tersendiri. Terletak berhampiran dengan sungai yang jernih dan menyamankan. Dikelilingi flora dan fauna yang mendamaikan dengan kicauan burung dan deruan air sungai.
2) PERKAMPUNGAN BUBINGA
- Seni bina aneh dari kayu bubinga yang boleh dilentur, kelihatan seperti rumah setingkat tetapi berloteng menghadap sungai.
- Bertemankan siling sulaman klarai pohon bertam, tidur lambak diatas tilam empuk menggamit suasana zaman 60-an berkumpul sanak saudara.
- Pagi yang cerah, tampak halaman rumah tersergam indah. Kabus pagi menyusup diruang loteng tatkala hening subuh. Atap tanah liat dan seni binanya satu imaginasi halus kerja kemas kesenian alam.
3) RUMAH BONDA
- Rumah Bonda terletak di Rumah Hutan Terapi Alam. Rumah Bonda ini dahulunya pernah didiami oleh Bonda Rozita Ibrahim sendiri sejak 2016. Rumah ini terletak sangat berhampiran dengan bangunan rawatan Meditasi dan SPA untuk wanita. Rumah Bonda ini boleh memuatkan seramai 15 orang. Mempunyai 2 Bilik tidur dan 1 bilik di bahagian Loteng. Sangat sesuai untuk tetamu atau keluarga yang ramai.
- 2 Bilik Tidur tersedia dengan Katil Berukiran Mewah dan ekslusif. Begitu juga di bahagian loteng tempat tidur yang istimewa dan esklusif Lengkap dengan penghawa dingin (Aircond) di semua bilik dan ruang tamu.
- Rumah Bonda juga sangat berhampiran dengan surau dan Warung Bonda. PERCUMA sarapan pagi di Warung Bonda untuk 5 orang.
4) RUMAH HUTAN MELAYU
- Penginapan di Rumah Hutan Melayu atau Rumah Hutan Seni amat sesuai untuk mereka yang ingin menikmati keindahan alam dari atas bukit yang mendamaikan.
- Selain itu, Lokasi Penginapan di Rumah Hutan juga amat hampir dengan Pusat Rawatan, Urutan, dan SPA. Rumah Hutan menyediakan pelbagai pilihan pakej rawatan holistik meditasi dan Spa.
5) RUMAH HUTAN SENI
- Rumah Hutan Seni terletak di kawasan Rumah Hutan Terapi Alam dan sangat berhampiran dengan Warung Bonda Rumah Hutan Terapi Alam. Tetamu yang menginap di Rumah Hutan akan mendapat sarapan pagi PERCUMA di Warung Bonda. Penginapan di Rumah Hutan Melayu atau Rumah Hutan Seni amat sesuai untuk mereka yang ingin menikmati keindahan alam dari atas bukit yang mendamaikan.
- Selain itu, Lokasi Penginapan di Rumah Hutan juga amat hampir dengan Pusat Rawatan, Urutan, dan SPA. Rumah Hutan menyediakan pelbagai pilihan pakej rawatan holistik meditasi dan Spa.
Jika anda berminat untuk melihat jenis-jenis rumah penginapan dan kadar harga, boleh layari ke laman web bondavalley.com bagi maklumat lanjut.
Selain bermalam di bilik penginapan yang cantik dan menarik, percutian anda ke Bonda Valley juga tidak akan membosankan apabila terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan antaranya :
a) Ride ATV Challenge
b) Mandi & Berkhemah di Laguna Ambar
c) SkyTrec (tree hugging, basikal/sky ride, multivine, trolley, zipline, broken bridge, fly drop)
BONDA VALLEY
Alamat : LOT 1972, Jalan Lama Genting, 44300 Batang Kali, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari
Nombor Boleh Dihubungi : Rumah Sungai & Kampung Bubinga : 019-7906 533 , Rumah Hutan : 016-2472 133
Lain-Lain Info: bondavalley.com
Check-In : 2.00pm – 6.00pm & Check Out : 12.00 tgh hari
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah