Comelnya Villa Di Kundasang Ni, Konsep Kontena Corak Lembu Hitam Putih
HOTELAugust 03, 2020 - 01:09 PM
Sabah sememangnya sebuah destinasi pelancongan yang tak perlu lagi dipertikaikan keindahan dan kecantikannya.
Selain tarikan pulau-pulau yang bertaraf dunia, Negeri Di Bawah Bayu itu juga memiliki destinasi percutian tempat sejuk yang sangat mendamaikan seperti di Kundasang.
Jika anda ingin membawa keluarga bercuti ke sana dan merasai percutian yang bertemakan corak-corak lembu yang berwarna hitam putih yang pasti digemari oleh anak-anak, anda boleh membawa mereka menginap di MOUNT HILL VILLA KUNDASANG!
Lebih menarik tempat penginapan ini berkonsepkan kontena serta dilengkapi dengan pemandangan sejuk Gunung Kinabalu.
Villa ini sangat mudah untuk dikenali menerusi kontena dan segala kelengkapan serta perhiasan di sekelilingnya bercorak seakan kulit lembu yang berwarna hitam putih.
Meskipun luarannya anda seakan tidur di dalam sebuah kontena namun hakikatnya bilik penginapan yang disediakan adalah bertaraf hotel yang lengkap dengan sebuah katil besar, televisyen, bilik air yang luas siap dengan pemanas air serta set untuk membuat minuman panas.
Kadar harga bilik bagi satu malam di Mount Hill Villa ini adalah sekitar RM180 sahaja.
Meskipun begitu, pemandangan yang bakal anda alami dari bilik adalah sesuatu yang sangat berbaloi apabila buka sahaja tingkap anda akan berpeluang menikmati panorama keindahan Gunung Kinabalu yang menghijau dan berkabus serta menenangkan minda.
Apatah lagi jika anda bersantai di depan bilik sambil menghirup kopi panas, perasaannya benar-benar seperti berada di luar negara yang beriklim sejuk dan mendinginkan.
Sekiranya anda berasa lapar pada malam hari, jangan bimbang kerana di Mount Hill Villa ini disediakan set BBQ yang boleh anda gunakan, malah terdapat juga dapur untuk anda masak-masak buat sekeluarga.
Kemudahan yang ada di Mount Hill Villa ini juga sebenarnya sangat mesra keluarga dan kanak-kanak kerana pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini antaranya bermain dengan arnab, hamster, bird viewing, ambil gambar berlatarbelakangkan taman dan gunung-ganang serta bermain trampoline yang confirm buat anak-anak anda teruja keseronokan.
Sebenarnya villa ini juga sangat mengalu-alukan kedatangan pengunjung yang tidak berniat untuk menginap dan sekadar ingin singgah untuk berjalan-jalan. Korang boleh sahaja menghabiskan masa di situ dengan kadar bayaran hanya RM5 untuk dewasa dan RM3 bagi kanak-kanak.
Ia dibuka untuk kunjungan biasa dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Best, kan villa ni? Bila menginap di sini anda juga berpeluang untuk berkunjung ke Desa Cattle yang hanya sejauh 200 meter sahaja dari situ untuk melihat pemandangan lembu-lembu meragut rumput di tempat sejuk persis seperti di New Zealand.
MOUNT HILL VILLA
Alamat: Mesilou Kundasang 89308 Ranau, Malaysia
No Tel: 013-541 2112
Website: Mount Hill Villa
Facebok: Panda Cabin
Kredit Gambar: FB Panda Cabin
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah