Dolomite Templer - Tak Perlu Rentas Negeri, Di Selangor Pun Ada Airbnb Cantik
HOTELDecember 03, 2020 - 05:03 AM
Lokasi percutian yang unik dan menenangkan sedang menjadi rebutan pelancong tempatan sekarang ni. Yelah, kita kan tak boleh nak rentas negeri, jadi masing-masing kempunan nak pergi tempat-tempat menarik di negeri sendiri. Jangan risau, di Selangor ada satu lokasi unik dan perfect untuk korang spend weekend terutamanya dengan pasangan korang.
Dan lokasi tersebut adalah Dolomite Templer yang terletak di Rawang, Selangor. Lokasi ini merupakan salah satu Airbnb yang terkenal di daerah ni. Ini kerana Dolomite Templer mempunyai rumah kaca, bilik arcade, dome igloo, dipping pool, dan juga buaian di atas pool tersebut. Senang cerita, memang cantik la Airbnb ni. Dan memang sesuai untuk luangkan masa korang.
Dolomite Templer merupakan rumah 3 tingkat yang boleh memuatkan sehingga 16 orang tau! Ia juga mempunyai 4 bilik tidur yang agak luas. Dan yang paling best, di luar rumah di mana rumah kaca terletak, korang boleh tengok pemandangan Bukit Anak Takun. Memang sangat cantik dan memukau untuk korang rileks pada hujung minggu.
Bilik arcade pula seolah-olah mimpi jadi kenyataan untuk kebanyakan orang lelaki. Bilik tersebut dipenuhi dengan lampu-lampu neon dan beberapa instrument gaming yang best seperti card game, board game, arcade, dan juga Xbox untuk korang bermain bersama rakan-rakan. Kalau ada member korang yang kaki gamers, confirm diorang tak nak keluar bilik ni.
Jadi walaupun korang sendiri duduk di Selangor, memang tak rugi untuk datang ke Dolomite Templer dan puaskan kempunan korang untuk duduk di tempat-tempat menarik. Tak semestinya korang kena pergi ke negeri lain ya. Korang juga boleh pergi ke laman web rasmi mereka dan juga page Airbnb mereka untuk info lebih lanjut. Have fun!
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah