Fig Tree Hill - Resort Romantik Di Penang Untuk Percutian Bersama Pasangan

HOTEL
April 05, 2021 - 10:59 PM


Rasanya dah berulang kali min menulis bahawa Penang merupakan salah satu negeri yang seronok untuk dikunjungi kerana penuh dengan lokasi menarik dan makanan yang sangat sedap. Terdapat juga beberapa resort unik yang terletak di negeri ini dan salah satunya adalah resort mewah yang bernama Fig Tree Hill. Resort ini memang sangat cantik dan sesuai untuk percutian korang semua.

Ianya terletak hanya 30 minit dari bandar Georgetown dan di atas bukit di Sungai Ara. So kepada korang yang suka nature tu, lokasi ni memang best kerana dikelilingi oleh pelbagai tumbuhan dan pokok besar memberikan rasa eksotik kepada pengunjung resort ini. Korang boleh memilih beberapa villa bila menginap di Fig Tree Hill Resort. 

Antara villa yang korang boleh pilih adalah Melor, Lily and Jasmine, Cempaka, Lemongrass, dan Kemboja. Setiap villa mempunyai 2 bilik tidur yang sangat luas, bath tub, outdoor rain shower, jacuzzi, swimming pool yang menggunakan air bukit, dan beberapa gazebo untuk korang merehatkan diri. Tak cukup dengan tu view dari setiap villa ni memang sangat memukau tau guys. 

Ada juga ruangan fitness atau mini gym untuk korang yang nak beriadah. Kalau nak berjalan-jalan, boleh minta pihak resort untuk bawa korang pergi tour dan aktiviti di sekitar Penang. Memang terbaik la resort ni. So kalau korang sedang mencari atau plan nak menginap di Penang pada masa akan datang, Fig Tree Hill Resort memang perfect untuk keluarga atau bersama pasangan tercinta.

Alamat: Jln Kenari, Sungai Ara, 11900 Bayan Lepas, Penang

Laman Web | Facebook | Instagram

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah