Hotel Vintaj, Hiasan Dalamannya Hitam & Putih!

HOTEL
April 27, 2022 - 03:50 AM


Pulau Pinang memang terkenal sebagai lokasi pelancongan baik di kalangan pelancong tempatan mahupun antarabangsa. Bila dah jadi hotspot, tahu-tahu je lah trafik di sana sentiasa padat dan sesak. Jadi pemilihan hotel mestilah bersesuaian dengan itenari korang!

Modern Hotel Georgetown adalah salah satu hotel yang patut korang shortlist! Ini kerana lokasinya yang strategik dan terletak berdekatan dengan beberapa tarikan di bandar Georgetown.

Dari luarannya sahaja dah mampu menarik perhatian korang. Senibina hotel ini bertemakan vintaj. Namun, hiasan dalamannya cukup moden. Tema minimalis dan berasaskan warna hitam dan putih.

Hotel ini menyediakan 5 jenis bilik iaitu: 

  • Deluxe Double Room (Bathtub & Balkoni) 
  • Deluxe Fammily Room
  • Deluxe Twin Room
  • Deluxe Double Room
  • Superior Single Room

Setiap bilik lengkap dengan wifi. Yang paling menarik sudah semestinya jakuzi di rooftop! Harga bermula dari Rm110 untuk satu malam.

Alamat: 

179,Muntri Street Leith Street 10200 George Town, Penang, Malaysia

Sebarang maklumat lanjut dan tempahan, anda boleh terus ke Facebook page Modern Hotel Georgetown

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah