Makan Breakfast Sambil Berendam Dalam Kolam Di The Shorea, Negeri Sembilan

HOTEL
October 06, 2020 - 05:35 PM


Tahun lepas viral sebuah video di mana seorang wanita sedang makan breakfast sambil mandi kolam. Dan reaksi rakyat Malaysia memang kelakar. Ada yang teringin, ada yang takut makanan masuk air. Tapi yang pasti, lebih ramai yang nak merasai pengalaman tersebut. Dan kini korang tak perlu lagi pergi sampai luar negara, di Negeri Sembilan pun ada. Memperkenalkan The Shorea!

Hanya mengambil masa 1 jam dari bandar Seremban, The Shorea merupakan salah satu destinasi nature reatreat yang ada di Malaysia. Gaya astetik villa di sini menggunakan kayu dan mempunyai infiniti pool dengan menampilkan pemandangan hutan yang sangat cantik. Kalau korang teringin nak datang sini beramai-ramai, The Shorea boleh memuatkan 40 orang sekaligus tau!

Terdapat dua jenis bilik yang korang boleh pilih. Pertama, The Shorea Estate di mana korang akan duduk di villa yang mempunyai kemudahan moden seperti aircond.

Namun kalau korang nak lebih dekat lagi dengan nature, korang boleh duduk di The Shorea Resort, memang tak ada aircond lansung, pakai udara semulajadi dan kipas sahaja, tapi biliknya lagi besar lah.

Jadi penginapan dah settle, tiba masa untuk korang rasa sendiri pengalaman makan di dalam pool. Jangan risau, terdapat dua pool di sini kalau korang rasa malu nak acah-acah glamour depan orang lain. Yang bestnya, breakfast memang percuma untuk penghuni The Shorea. Orang kata makanan free ni lagi sedap.

Jadi harga dia berapa? Harga untuk duduk di The Shorea ni hanyalah RM 500 je untuk satu malam (2 orang) dan RM 1,600 untuk unit yang lebih besar. Boleh check harga di sini. Dan kalau korang ada apa-apa pertanyaan bolehlah pergi ke laman web rasmi mereka atau Facebook utama mereka.

Jadi sebelum makan tu jangan lupa ambil gambar untuk masuk Instagram okay? Bukan selalu dapat makan dalam swimming pool dengan pemandangan hutan yang cantik. Enjoy~

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah