The Nautilus Resort Bakal Dibuka Di Langkawi Menjelang 2023
HOTELFebruary 18, 2020 - 04:25 PM
Pulau peranginan bebas cukai, Langkawi bakal memberi lebih banyak pilihan penginapan mewah kepada pelancong tempatan dan antarabangsa yang datang bercuti ke pulau lagenda itu.
Menjelang 2023, sebuah lagi resort jenama antarabangsa di bawah Curio Collection by Hilton iaitu THE NAUTILUS RESORT akan dibuka dan terletak betul-betul di tengah kawasan Pantai Cenang.
Pertama kali bertapak di Malaysia, resort tersebut bakal dilengkapi kemudahan 250 bilik dan istimewanya para tetamu resort itu boleh menikmati pemandangan indah secara terus ke Selat Melaka tanpa halangan berikutan lokasinya, selain akses ke pantai bersih dan air yang jernih.
The Nautilus Resort juga turut menampilkan 3 kemudahan premis sajian makanan dan minuman termasuk restoran yang dibuka sepanjang hari, restoran dengan sajian khusus serta sebuah bar di atas bumbung.
Dengan pembukaan resort baharu itu nanti dijangka lebih ramai pelancong bakal memilih Langkawi yang juga berstatus Global Geopark UNESCO pertama di Asia Tenggara sebagai destinasi percutian kegemaran mereka di Malaysia.
Untuk rekod, The Nautilus Resort mempunyai cawangan di beberapa lokasi percutian popular dunia antaranya Rarotonga, Cook Islands; Maldives dan Koh Lanta, Thailand.
Sumber: Bernama
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah