Nur Eco Resort - Lokasi Glamping Dan Aktiviti Best Di Selangor
HOTELFebruary 24, 2021 - 04:28 PM
Glamping merupakan nama gabungan dari camping dan glamour, senang cerita camping mewah la. Dan di Malaysia kebelakangan ni, lokasi glamping dah menjadi semakin popular kerana kebanyakan kaki travel suka mencari lokasi yang berdekatan dengan nature. Kalau korang tergolong dalam mereka yang sukakan nature, korang boleh cuba pergi ke Nur Laman Bestari Eco Resort.
Resort ini terletak di Sungai Buloh dan merupakan lokasi yang sesuai untuk lari seketika dari kesibukan bandar. Ia juga terletak bersebelahan dengan Sungai Tua Recreational Forest. Terdapat beberapa jenis penginapan yang korang boleh pilih di sini dari chalet ke pondok tepi sungai. Tapi kami suggest untuk korang duduk di khemah glamping mereka.
Ianya sangat sesuai untuk 5 orang dan setiap khemah mempunyai 5 tilam, kipas, dan aircond portable bagi memastikan keselesaan sepanjang berada di sini. Peralatan dapur, grill bbq, dan sachet minuman juga turut disediakan tetapi korang boleh bayar RM25 setiap seorang untuk breakfast dan dinner dari pihak resort. Cuma alang-alang dah glamping tu, masak sendiri la. Baru best!
Antara aktiviti yang korang boleh lakukan di sini adalah mandi di sungai berdekatan, explore hutan menggunakan ATV, dan berkayak di tasik. Ada juga surau untuk pelancong Muslim, tapi bawa sejadah sendiri ya. Dan di sini glamping selalunya penuh, so korang booking awal-awal dan rancang percutian korang kalau nak rasai pengalaman unik di Nur Laman Bestari Eco Resort ni.
Alamat: Nur Laman Bestari Eco Resorts, Astana Era Mewah, Hq Nur Eco Resort, 40160 Sungai Buloh, Selangor
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah