Port Dickson Ada Kabin Resort Yang Sangat Instagrammable!
HOTELMarch 04, 2022 - 04:01 PM
Mesti korang risau kan nak fly oversea untuk bercuti lebih lagi dalam waktu pandemik Covid-19, buat apa terbang jauh-jauh? Kat Malaysia banyak tempat percutian menarik lebih-lebih lagi yang ada pantai!
Lokasi penginapan kita kali ini berada di Port Dickson! Solesor Kampong Beach Resort nama diberi! Yang bestnya Solesor Kampong Beach Resort adalah satu kabin resort yang berada di tepi pantai. Unik kan? Demi keselesaan yang maksimum buat para pengunjung, resort ini ada pantai persendirian yang khas untuk korang!
Lokasi Selesor Kampong Beach Resort ni memang nyaman dan cukup cantik. Sesuai dijadikan lokasi percutian untuk hilang segala stress dan beban. Bilik di sini juga cukup selesa dan lengkap dengan tandas yang cukup bersih dan sempurna.
Zaman media sosial ni kan, takkan la korang taknak upload gambar untuk Instagram kan? Memang puas hati kalau korang bergambar kat sini sebab banyak sangat port yang cantik-cantik. Selain dari itu, terdapat dua kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak.
Antara pakej yang ditawarkan:
Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh checkout Facebook page Selesor Kampung Beach Resort !
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah