Pulaihtree Retreat - Nature Retreat Awesome Atas Bukit Di Kuala Kubu Bharu

HOTEL
March 24, 2021 - 09:00 PM


Hello semua! Kalau korang sedang mencari lokasi nature retreat dan staycation yang best di Selangor, min ada satu lokasi menarik yang terletak di Kuala Kubu Bharu. Lokasi yang dimaksudkan adalah Pulaihtree Retreat. Lokasi ini memang sangat sesuai untuk korang yang ingin larikan diri dari kesibukan bandar dan merehatkan diri pada hujung minggu.

Terletak hanya 1 jam sahaja dari bandar Kuala Lumpur, lokasi ini memang sesuai untuk mereka yang inginkan weekend getaway yang berdekatan.

Ianya dibina di atas sebuah bukit private dan dikelilingi oleh kehijauan pokok-pokok yang memberikan suasana tenang dan romantik. Kalau datang bersama pasangan pun nice juga di sini. 

Di sini terdapat 2 bilik tidur yang boleh memuatkan sehingga 7 orang. Dan dapurnya pula dilengkapi dengan barangan masakan, tempat untuk korang BBQ, dan juga water filter. Cumanya, korang perlu bawa bahan masakan la sebab tak disediakan di sini. Bayangkan makan malam atau ber-BBQ bersama keluarga di bawah langit malam yang sangat cantik, memang best!

Bukan tu je, Pulaihtree Retreat juga mempunyai infiniti pool dengan pemandangan yang sangat cantik tau!

So korang bolehlah berendam pada waktu pagi atau petang sambil menikmati sunrise dan sunset yang sangat cantik. Nak keluar dari sini dan pergi hiking di kawasan KKB pun boleh, siap ada air terjun lagi. So kalau korang mencari lokasi nature retreat di Selangor, inilah tempatnya!

Alamat: No. 3, Jalan Harmonian 2, Off Jalan Padang Golf, Tinggian KKB, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor

Laman Web  |  Airbnb

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah