Resort 5 Bintang Meritus Pelangi Di Langkawi Kini Bermula Dengan Harga RM350!

HOTEL
February 25, 2021 - 05:35 PM


Meritus Pelangi Beach Resort & Spa yang terletak di Langkawi ini memang menjadi antara tempat pilihan pelancong terutama sekali pelancong asing. Kalau sebelum ini, harga untuk book Meritus Pelangi ini melebihi RM1000. Memang sangat berbaloi tapi terkeluar daripada zone mampu milik la, hehe. Tapi, musim Covid-19 ini, Meritus Pelangi boleh di-book bermula dengan harga serendah RM350 termasuk sekali dengan breakfast! 

Apa yang menarik tentang Meritus Pelangi adalah walaupun kebanyakan hotel dan resort kini telah menggunapakai elemen modern dalam reka bentuk mereka, tetapi Meritus Pelangi masih lagi mengekalkan reka bentuk yang diinspirasikan daripada reka bentuk adat traditional melayu. 

Selain itu, Meritus Pelangi merupakan salah satu daripada premium resorts yang tertua di Pulau Langkawi, namun masih kekal sebagai antara destinasi paling popular dari pengunjung dari seluruh dunia. Meritus Pelangi telah di-facelift beberapa tahun lalu untuk mengekalkan resort tersebut pada tahap yang terbaik sambil memelihara pengaruh reka bentuk Melayu pada resort tersebut. 

Meritus Pelangi merupakan lokasi island escape yang terbaik korang boleh pilih kerana lokasinya yang terletak diantara kawasan tempat-tempat tarikan di Pulau Langkawi, dan pasir putih di Pantai Cenang.

Resort 5 bintang ini menawarkan 355 bilik yang ditempatkan di 51 chalet, memberikan peluang untuk pengunjung untuk memilih sama ada untuk menginap di kawasan berdekatan dengan pantai, atau bagi mereka yang memerlukan ketenangan boleh memilih untuk menginap di dalam kawasan garden Meritus Pelangi. 

Lebih menarik lagi, semua chalet di dalam Meritus Pelangi dibina seperti rumah traditional melayu iaitu kesemuanya dibina diatas tiang. Banyak aktiviti lain yang korang boleh buat ketika menginap di Meritus Pelangi seperti nature walk, bersenam di Meritus Pelangi Fitness Centre, dan jogging di track tepi pantai. 

  • Meritus Pelangi Resort & Spa 
  • Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah

Sumber: The Malaysian Reserve

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah