Resort Terapung Memukau, Nusakuya Resort Semporna!
HOTELApril 26, 2022 - 01:18 PM
Semporna, Sabah adalah salah satu lokasi yang kita boleh cakap "underrated" di kalangan pelancong tempatan. Namun, lokasi penginapan kali ini mesti boleh tarik minat dan perhatian korang untuk melancong ke Semporna!
Resort terapung yang memukau, Nusakuya Resort memang patut masuk dalam bucketlist korang! Terkenal dengan air laut yang jernih dan permandangan matahari terbenam yang memukau.
Nak menginap di sini, korang perlu datang menaiki boat! Itu je dah seronok bunyinya kan? Jejak je kaki di dek ketibaan utama, korang bakal dapat merasai angin laut yang cukup menenangkan.
Nusakuya Resort ini bertemakan alam semulajadi. Kebanyakan hiasan dalaman dan infrastruktur berasaskan kayu yang pelbagai.
Terdapat 3 jenis bilik ditawarkan:
- Deluxe Room with Queen Bed
- Deluxe Room with Twin Beds
- Triple Room (Satu katil Queen size dan single)
Jadi, korang boleh pilih bilik yang bersesuai dengan jumlah pax dan bajet! Sesuai untuk percutian kelurga, kawan-kawan dan juga pasangan!
Setiap bilik dilengkapi dengan tv, satu bilik air suite dan juga penghawa dingin. Yang uniknya setiap bilik ada satu tangga untuk korang turun terus ke laut! Selain itu korang nak bersantai di balkoni pun boleh sambil baring di atas tilam udara menikmati permandangan bintang di waktu malam
Buluh pula digunakan sebagai penghadang untuk setiap bilik demi menjamin keselesaan dan privasi korang.
Antara kemudahan lain disediakan:
- kafe
- ruang makan indoor
- ruangan dek untuk istirehat
Untuk tempahan atau maklumat lanjut anda boleh hubungi mereka di:
Whatsapp: +60 14-224 4513
Facebook: Nusakuya Resort
Instagram: Nusakuya Resort
Alamat:-
Kg Tundun Bum-Bum
Lot No 20-031204014, Peti Surat 852,
91308 Semporna,
Sabah, Malaysia.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah