Sri Damai Resort, Lokasi Eko Pelancongan Mendamaikan
HOTELJanuary 13, 2022 - 05:32 PM
Mesti ramai yang menginkan satu percutian yang mampu memberi kepuasan dan release stress yang terpendam. Lokasi penginapan yang dikelilingi keindahan alam semulajadi patut jadi pilihan korang! Lokasi kali ini adalah Sri Damai Resort yang berada di Kalumpang, Selangor.
Resort ini adalah satu penginapan yang cukup nyaman kerana berada bersebelahan dengan sungai. Korang boleh rehatkan minda dengan menikmati air sungai yang mengalir dengan tenang.
Antara aktiviti yang korang boleh buat kat sini:
- Main Atv
- Berkelah
- Mandi sungai
- Hiking
- Berbasikal
- Berkuda
Berkeluasan 3.2 hektar, selain memiliki 32 penginapan (chalet, inap desa dan dorm), kemudahan lengkap lain turut disediakan seperti bekalan elektrik, air, surau, kafe, dewan, kolam renang, kolam memancing dan sebagainya.
Tarikan lain pastinya, pelbagai haiwan yang dipelihara di sini termasuk rusa, burung unta, kuda dan kambing yang boleh dilihat dengan lebih dekat oleh pengunjung.
Alamat: Jalan Sungai Inki 44100 Kalumpang, Selangor, Malaysia
No Tel: 017-316 1213
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah