Tinyscale - Homestay Cozy Di Melaka Yang Ada Private Swimming Pool

HOTEL
December 14, 2020 - 08:59 PM


Melaka merupakan salah satu lokasi travel yang terbaik di Malaysia. Terdapat pelbagai lokasi menarik yang korang boleh pergi di sini dari lokasi bersejarah hinggalah ke kedai makan yang sedap. Tapi sebelum korang pergi berjalan sana-sini, mestilah korang nak duduk di tempat yang selesa dan menarik, lebih-lebih lagi kalau ada anak kecil.

Kalau macam tu, korang duduk je di Tinyscale Homestay yang hanya terletak 20 minit sahaja dari Jonker Street. Yang paling best, homestay ini hanya dibuka untuk pelanggan Muslim sahaja. Jadi korang tak perlu risau tentang sisa arak atau khinzir pada peralatan dapur dan pinggan mangkuk di situ. Designnya pula menggunakan gabungan moden dan rustic dari interior hinggalah ke perabot mereka.

Tapi lokasi ni sebenarnya sesuai untuk bilangan keluarga yang agak besar atau rakan-rakan yang ramai kerana ianya boleh memuatkan sehingga 12 orang. Terdapat 4 bilik tidur dan 3 bilik air, ia juga dilengkapi dengan kemudahan asas moden seperti aircond, Wi-Fi, barang untuk BBQ, dan ruang tamu untuk indoor dan outdoor.

Malah ada juga kolam kecil untuk anak-anak bermandi-manda dan ianya terletak di hadapan bilik utama. Dengan kata lain, tiada masalah untuk korang tengok dan jaga keselamatan mereka ketika mandi kolam. Lokasi ini juga terletak di Taman Seri Duyong, jadi korang boleh pergi makan ke kedai-kedai yang berdekatan kalau malas nak masak. Untuk info lanjut, sila lihat di bawah.

Alamat: No 16, Jalan Seri Duyong 1/19, Taman Seri Duyong Sek 1, Melaka

Laman Web | Facebook Instagram

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah