Villa Have2 - Lokasi Nature Staycation Awesome Di Janda Baik
HOTELNovember 26, 2020 - 05:26 PM
Janda Baik merupakan salah satu lokasi terbaik untuk nature getaway dalam kalangan kaki travel. Terdapat banyak resort unik dan menarik di sini dan ianya tidaklah terlalu jauh dari bandar Kuala Lumpur. Disebabkan itu Janda Baik menjadi lokasi untuk release stress pada hujung minggu. Kalau korang ada plan untuk pergi ke Janda Baik, korang boleh cuba duduk di Villa Have2.
Ya, Villa Have2 ni memang kena dengan namanya kerana villa ini terletak di atas tanah yang berkeluasan 4 ekar. Ia juga mempunyai 6 bilik tidur dan 7 bilik air yang boleh memuatkan sehingga 20 orang tau. Malah ada juga ruang tamu, private pool, dan dapur yang lengkap untuk korang masak. Design yang digunakan memberikan satu vibe seolah-olah korang berada di rumah sendiri.
Kemudahan asas lain seperti WiFi dan parking juga disediakan. Korang juga akan dapat basikal percuma untuk korang cycling di sekitar kawasan villa tersebut. Malah, kalau korang nak memancing di kawasan berdekatan pun boleh tau. Selain daripada itu, ada juga outdoor seating untuk korang enjoy makan di luar dan peralatan khas untuk BBQ.
Kalau korang nak karaoke pun boleh sebab Villa Have2 ada audio sistem yang sangat padu. Jadi kalau korang nak buat event company atau reunion atau sekadar bercuti dengan keluarga besar, bolehlah datang ke Villa Have2 di Janda Baik ni. Untuk maklumat yang lebih lanjut korang boleh pergi ke laman media sosial mereka di bawah.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah