Villa Sajuri: Villa Konsep Morocco Yang Sangat Memukau!

HOTEL
March 14, 2022 - 04:03 PM


Kalau anda sedang mencari satu villa atau homestay yang tak berapa jauh dari kesibukan bandar Kuala Lumpur, Villa Sajuri adalah satu vila yang mampu memberikan pengalaman percutian  yang amat memuaskan!
 

Villa Sajuri adalah satu villa yang cukup luas dan unik! Terletak di Jeram, Selangor. Konsep utama yang ditampilkan adalah hiasan dalaman dari Utara Afrika iaitu Morocco! Korang tengok sendiri betapa cantiknya vila ni!

Selain itu, Villa Sajuri menyediakan 4 bilik tidur yang mampu menampung seramai 21 orang! Memang perfect kalau korang nak bawak keluarga bercuti bersama. Kenapa perfect? Ha jom kita tengok antara kemudahan yang disediakan!

Fasiliti yang disediakan:

  1. Penghawa Dingin
  2. Gril BBQ
  3. Pinggan mangkuk, sudu & garpu
  4. Dapur
  5. Bath Tub
  6. Kolam Renang Persendirian
  7. Meja Ping Pong
  8. Karaoke
  9. Meja Pool
  10. Tv+Astro
  11. Wifi
  12. Bouncy Castle (Tambahan)
  13. Projektor

Memang sesuai untuk family day atau sebarang event gathering bersama yang tersayang! Jangan risau kalau korang bosan atau dah puas lepak di vila, korang boleh explore pelbagai tarikan di Kuala Selangor seperti Pantai Remis dan bermacam lagi! Senang cerita kat area situ memang lubuk untuk korang makan makanan laut!

Harga untuk satu malam adalah bawah dari RM 2000, tertakluk pada hari tempahan. Macam biasa la, hujung minggu korang kena berebut dan mahal sikit untuk booking!

Tunggu apa lagi, untuk sebarang maklumat atau tempahan boleh hubungi 019-3343686 (Hanis) di Whatsapp!

Alamat: Kampung Sungai Sembilang, 45600 Jeram, Selangor

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah