Itinerary Roadtrip 2 Hari 1 Malam Ke Ipoh

ITINERARY
December 02, 2019 - 03:55 PM


Terletak kira – kira 200 kilometer dari Kuala Lumpur, perjalanan ke Ipoh yang juga merupakan ibu negeri Perak menggunakan kereta hanya mengambil masa 2 jam 30 minit sekiranya perjalanan lancar dan tiada kesesakan jalan raya.

Selain memandu sendiri, cara lain untuk ke Ipoh adalah menggunakan kereta api ETS. Untuk ETS seperti yang kami pernah kongsikan sebelum ini; ada 3 kelas disediakan iaitu Platinum, Gold dan Silver. Beza antara ketiga – tiga ini adalah masa yang diambil dan harga. Untuk Platinum – RM46, perjalanan 2 jam 29 minit. Gold – RM36, perjalanan 2 jam 40 minit atau ETS Silver – RM25, perjalanan 2 jam 50 minit.

Macam yang kami cakap tadi, disebabkan jarak Kuala Lumpur ke Ipoh ni hanya 200 kilometer atau 2 jam 30 minit perjalanan naik kereta. Kami cuba lakukan ‘roadtrip’ ke Ipoh dan ini adalah itinerary penuh kami beserta bajet.

Kalau nak diikutkan, bajet roadtrip ke Ipoh ni RM93.50. Kos ini merangkumi minyak, tol dan bayaran masuk tempat – tempat menarik di Ipoh yang kami akan ceritakan kejap lagi.

Nota Editor : Kami mendapat sponsor hotel beserta makan. Jadi kami akan gantikan hotel dengan backpackers hostel, sesuai dengan roadtrip ala backpackers.

Itinerary Roadtrip 2 Hari 1 Malam Ke Ipoh

Jenis Kereta : Axia

Minyak : RM40 – isi waktu pergi dan balik ada tinggal baki minyak

Tol : RM 40.50 – Pergi RM23.20 (Rawang – Ipoh ), Balik RM20.30 (Gopeng – Rawang). Nanti kami akan ceritakan kenapa balik ikut Gopeng.

Hari Pertama

Rawang – Ipoh

Gerak pagi sekitar 9 dari Rawang. Pukul 11 dan sampai Ipoh.

Tiba di Ipoh sekitar waktu makan tengah hari, kami singgah di Ipoh Parade (ini disebabkan hotel sebelah Ipoh Parade) untuk makan tengah hari. Nasi Ayam + Air RM7.

Check in Hotel – WEIL Hotel. Cuma untuk perkongsian ala backpackers ni, kami suggestkan korang cari backpacker hostel yang ada banyak di Ipoh.

Sebagai contoh; Homey Hostel – RM18 satu malam, Vloft Backpackers Hostel – RM24 satu malam atau kalau nak yang cantik sikit; Beds In Garden – RM39 satu malam atau The Brownstone Hostel – RM50 satu malam. Harga ni semua untuk harga dorm perkonsian ye.

The Brownstone Hostel

Petang korang boleh melawat Miniature Art Museum. Disini ada model miniature bandar yang diukir menggunakan kayu.

Memang terperinci cara pembuatan dia. Masuk percuma di tingkat bawah. Muzium ini ada dua tingkat, tingkat atas dikenakan bayaran RM5. Jadi kami tak naik atas, cuma sekadar ambil gambar ditingkat bawah.

Dari sini, korang boleh ke May Wong Galleri yang mana ia juga merupakan muzium fotografi sejarah Malaysia serta kedai print vintaj yang paling besar di dunia. Kalau nak ikutkan, dalam dia ada koleksi gambar – gambar lama bangunan dan tempat di Malaysia selain dia juga ada poster – poster vintaj iklan lama – lama. Masuk adalah percuma.

Lepas pada itu, korang boleh ke Concubine Lane dan Kong Heng Square. Dua tempat ni terletak dalam satu kawasan. Concubine lane ni lebih kepada deretan kedai lama yang sekarang ni kebanyakkannya dah dijadikan kafe. Dekat sini ada macam – macam barang yang korang boleh cari terutamanya untuk dibuat oleh – oleh. Street food jugak ada banyak.

Kong Heng Square ni pulak tempat bergambar dan melepak. Ada dua tiga kedai dan café disini. Selain itu ada juga kedai – kedai kecil yang jual aksesori seperti gelang, rantai dan lain – lain. Apa yang menarik disini adalah korang kena pergi ke BookXcess yang ada di Kong Heng Square ni.

BookXcess @ Kong Heng Square ni sangat menarik dan ada ceritanya tersendiri iaitu bahagian bawah kedai buku ini adalah peti besi sebuah bank. Jadi, untuk mengekalkan nilai ‘rare’ dia, peti besi tu dijadikan tempat letak dan susun buku. Lantai, pintu dan peti besi dikekalkan seperti asal.

Malam, korang boleh lepak di Dataran Ipoh. Dekat sini ada deretan peniaga – peniaga waktu malam. Memang meriah! Nak bergambar pun boleh. Selain tu, korang boleh jalan untuk tengok bangunan – bangunan lama yang disebut sebagai Ipoh Heritage Trails. Ada 27 bangunan kesemuanya. Ada stesyen keretapi, padang Ipoh, Masjid India dan banyak lagi.

Kelmarin kami tak pergi semua, hanya ke stesyen keretapi, Padang Ipoh, Masjid India, Town Hall dan Mahkamah Tinggi.

Secara ringkas hari pertama : Rawang > Ipoh > Hotel > Miniature Art Museum > May Wong Gallery > Concubine Lane > Kong Heng Square > Heritage Trail.  

Hari Kedua

Pagi kami sarapan di hotel. Kalau korang nak cuba sarapan yang best, kami syorkan ke Kafe New Holywood.

Hari kedua kami di Ipoh kebetulan hari minggu. Jadi bila hari minggu, ada pasar karat atau dipanggil LOKEN.

LOKEN ni merupakan pasar yang mana orang ramai akan jual koleksi barang – barang antik, barang terpakai dan juga barang baru selain menjual makanan dan minuman. Pendek kata, waima sebiji skru pun korang boleh beli disini.

Selepas dari LOKEN, hilangkan dahaga dekat Deen Ct Corner Cendol. Ini antara cendol yang terkenal di Ipoh. Selepas pada tu, check – out.

Korang boleh pergi cari street art yang ada banyak di bandar Ipoh atau macam kami, kami terus keluar dari Ipoh untuk menuju ke Batu Gajah.

Singgah di Kellie’s Castle – Tempat yang penuh misteri, tempat cantik bergambar dan salah satu bangunan bersejarah di Malaysia. Bayaran masuk RM5.

Dari sini, korang boleh nak teruskan perjalanan ke Tanjung Tualang Tin Dredge. Tapi kami tak pegi lah.

Dari Kellie’s Castle, terus exit Gopeng dan meluncur laju ke Rawang.

Ringkasan hari ke-2 : Hotel > Check Out > Loken > Street Art > Kellie’s Castle > Rawang

Jadi begitulah roadtrip kami ke Ipoh. Rasanya tak cukup kalau dua hari. Itupun rasanya korang boleh kompakkan lagi sebab ada banyak lagi tempat menarik yang korang boleh pergi di Ipoh. Macam contoh, boleh rasa ‘vibe’ Ipoh tu dengan lepak di kafe hipster atau mencari kopi putih asli dan original di sana.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah