‘Rumput Karpet’ 1 Lagi Lokasi Wajib Untuk Kaki Gambar Viral!
JALAN-JALANMarch 01, 2019 - 12:15 PM
Semua kejadian alam yang diatur Tuhan, ada hikmah di sebaliknya.
Siapa sangka musim panas dan kering yang sedang melanda negara kini terutama di negeri-negeri utara tanah air, bakal mewujudkan satu fenomena indah untuk santapan mata.
Kalau korang pergi ke Kampung Pulau Tembun, Sungai Daun Tengah,Yan, Kedah korang bakal menikmati keindahan panorama yang menghijau umpama ‘Rumput Karpet’!
Kawasan tali air yang kering itu, baru-baru ini ditumbuhi dengan rumput-rumput hijau yang cantik dan menarik perhatian orang ramai sehingga tular di media sosial.
Sehingga ada masyarakat tempatan dan pelancong luar yang menjadikan kawasan tali air yang sebelum ini digenangi air untuk mengairi sawah padi sebagai tempat untuk bersantai pada waktu petang.
Tali air sejauh 5 kilometer itu turut menjadi tumpuan pengunjung merakamkan pelbagai gambar menarik untuk dimuat naik dalam laman media sosial mereka.
Menurut seorang pengguna Facebook Mohd Farizal Ameen , daerah Yan adalah sebuah daerah yang unik dalam negeri Kedah kerana alam semulajadinya mempunyai Banjaran Gunung Jerai yang menganjur ke kawasan laut di Tanjung Jaga.
Katanya, sebelum ini fenomena 'Jerami Gulung' juga pernah berlaku di kawasan Sungai Limau Dalam.
Kemudian, berlaku pula fenomena 'Bunga Sakura' mulai kembang di tepian jalan dan berguguran ke tanah umpama hamparan permaidani berwarna merah jambu.
Jadi, pada korang yang nak tengok sendiri betapa indahnya pemandangan semulajadi yang dianugerahkan Tuhan kepada penduduk Kedah ini, korang wajib singgah tempat ini tau.
Pergi cepat sebab semua ini berlaku hanya ketika musim kemarau!
Kredit Gambar: Facebook
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah