5 Lokasi Best Di Negeri Perak Darul Ridzuan!
JALAN-JALANOctober 20, 2021 - 02:43 PM
Sejak pengumuman dah boleh rentas negeri dari kerajaan, kebanyakan warga Malaysia berpusu-pusu ambil peluang pulang ke kampung atau pun keluar bercuti setelah hampir dua tahun terperap di rumah dan sibuk dengan bebanan kerja. Kali ini, min nak share beberapa lokasi yang best di Perak Darul Ridzuan!
Seperti yang tersedia maklum, tempat yang menarik di Perak untuk dilawati memang sangat banyak. Sama ada korang nak bercuti di Bandaraya Ipoh atau di mana-mana daerah dalam Perak, senarai di bawah ini pasti ada jawapannya yang ideal dengan kehendak serta 'taste' masing-masing.
1. The Haven Resort Hotel
Ingin membuat kejutan untuk pasangan di satu destinasi penginapan menarik di Perak? Kalau itulah tujuan, hotel ini adalah salah satu yang terbaik yang boleh anda terokai untuk bermalam mungkin ketika berbulan madu di Perak nanti. The Haven Resort Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 5 bintang yang terletak di Ulu Kinta, Ipoh. Uniknya, hotel ini dikelilingi dengan keindahan hutan hijau serta bukit batu kapur yang pasti memukau tetamu yang bertandang.
Selain itu, terdapat juga sebuah tasik besar yang menjadi sebahagian daripada landskap utama hotel ini. Ketika berendam di kolam di hotel ini, anda boleh menikmati keindahan alam sekeliling yang semestinya menjadi terapi mujarab untuk menenangkan fikiran. Sekali sekala membawa pasangan anda untuk bercuti di hotel sebegini apa salahnya bukan ? Pasti akan menjadi satu kenangan manis ketika bercuti di Perak.
2. Sunway Lost World of Tambun
Sunway Lost World of Tambun merupakan salah satu destinasi percutian keluarga yang sangat popular di Perak. Uniknya, destinasi ini dikelilingi dengan keindahan bukit batu kapur yang sangat mendamaikan. Tarikan utama yang sering menjadi tumpuan pelancong adalah di kawasan water park yang menjanjikan gelongsor air yang sangat mengujakan. Selain water park, terdapat juga beberapa kawasan menarik lain yang pasti membuatkan anda seisi sekeluarga tidak sabar untuk bercuti di sini seperti amusement park, lost world petting zoo, tiger valley, tin valley dan adventure park.
Sekiranya anda tidak gemar aktiviti yang mendebarkan, jangan risau di sini juga ada hotspring & spa yang boleh anda terokai bersama pasangan. Selain dengan pelbagai aktiviti lain yang menyeronokkan, Sunway Lost World of Tambun juga ada menyediakan penginapan yang ideal untuk anda bermalam & sangat ideal juga kalau anda ingin jadikan destinasi untuk berbulan madu di Perak. Infinity Pool yang cantik & kolam air panas dengan suasana yang romantis di sini semestinya satu idea yang bernas untuk meluangkan masa berkualiti bersama orang yang tersayang.
3. Sungai Klah Hot Spring
Felda Residence Hot Spring terletak berhampiran dengan Pekan Sungkai yang menempatkan beberapa kolam air panas semulajadi yang sesuai untuk mandi dan berendam. Terdapat juga kolam yang panasnya sehingga 100 darjah celsius, malah pengunjung berpeluang merebus telur di dalam kolam air panas ini. Kemudahan awam juga sangat bagus & tersedia untuk pengunjung seperti tandas, cafe, surau & juga villa untuk disewa.
Kolam air panas di Felda Residence Hot Spring memang sangat cantik & terurus dengan baik. Tidak seperti di sesetengah destinasi kolam air panas lain yang kadang-kadang kotor & tidak terjaga. Di sini juga terdapat gelongsor air di kolam mandi yang agak besar & sesuai untuk anak-anak bersuka ria. Pilihan penginapan di sini juga menarik dan sesuai untuk anda bermalam sehari dua sambil bersantai dengan keluarga.
4. Pantai Teluk Batik
Satu lagi tempat menarik di Lumut tepi pantai yang sangat ideal untuk anda bersantai pada hujung minggu. Gambarannya sama seperti di Pantai Teluk Senangin yang terletak tidak jauh dari sini. Mempunyai kawasan pantai yang lapang dan sesuai untuk aktiviti riadah & sukan air bersama keluarga seperti banana ride, jetski, naik bot & sebagainya.
Pantai di Teluk Batik juga agak landai & setiap cuti sekolah atau hujung minggu, mesti ramai yang datang berkelah & tidak kurang juga yang mandi manda. Kemudahan awam di sini seperti parkir kereta, tandas awam & dataran juga disediakan untuk kemudahan pengunjung. Kawasan Teluk Batik juga terkenal dengan banyak tempat makan menarik pada waktu malam seperti medan ikan bakar atau kedai masakan panas ala Thai. Maklumlah, kawasan tumpuan pelancongan, pilihan tempat makan malam yang happening mestilah meriah.
5. Tasik Cermin Gunung Rapat
Tempat ini memang unik & mungkin tiada seumpanya di tempat lain. Ini kerana, tasik yang ada di sini sememangnya berbentuk seperti sebuah cermin gergasi yang menunjukkan pantulan bukit di sekelilingnya. Tasik Cermin kelihatan sangat tenang & bahkan tiada gelora besar kerana tasik ini dikelilingi oleh bukit batu kapur yang menghalang pergerakan angin luar.
Malah, untuk ke Tasik Cermin ini juga, pengunjung perlu melalui sebuah terowong kecil sepanjang sekitar 30-40 meter. Sebaik menyeberangi terowong ini, anda seperti berada di sebuah dunia lain yang menjanjikan panorama tasik hijau yang sangat mendamaikan. Terdapat juga platform kecil yang disediakan untuk pengunjung berdiri & duduk menikmati keindahan tasik ini.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah