Cari Port Glamping Yang Best & Murah? Sumpitan Glamping Offer RM70 Seorang Siap Sarapan Percuma!

JALAN-JALAN
November 05, 2020 - 09:54 PM


Kalau anda mencari port glamping yang best dan murah untuk percutian hujung tahun hingga awal tahun depan -- anda boleh cuba destinasi penginapan ini yang katanya baru saja dibuka di Lenggong, Perak!

Port 'glamor camping' yang dimaksudkan adalah SUMPITAN GLAMPING.

Menariknya dengan bayaran hanya serendah RM70 seorang, anda bakal berpeluang merasai pengalaman bermalam di glampsite yang dilengkapi dengan tilam tebal, tandas di luar, surau, dapur, pantry tepi sungai dan campfire.

Setiap khemah juga tersedia dengan kemudahan seperti kipas air cooler, plug untuk mengecas telefon dan 2 buah lampu.

Sumpitan Glamping ini selain menawarkan percutian dalam khemah yang selesa di tepi kawasan air sungai yang jernih dan dikelilingi pokok-pokok menghijau, anda juga pastinya dapat merasai ketenangan serta kedamaian yang sukar diperolehi dari tempat lain.

Malah, kalau anda ingin membuat aktiviti piknik atau barbeku bersama keluarga dan rakan-rakan juga ada disediakan kemudahan pit dan arang.

Jadi tunggu apa lagi...jom bawa keluarga dan ajak kawan-kawan bercuti ke Sumpitan Glamping ini cepat kerana mereka sedang mengadakan promosi menarik dari 1 November 2020 hingga 1 Januari 2021 iaitu hanya RM70 setiap individu dengan sarapan percuma.

SUMPITAN GLAMPING

ALAMAT: D'impiana Riverview,Kg. Sumpitan Lenggong, Perak

NO TEL: 013-857 1561

FACEBOOK: Sumpitan Glamping

Kredit: Perak Sana Sini

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah