Jom Hilangkan Stress Kerja Dengan 'Weekend Getaway' Ke Fifty4Ferns, Janda Baik Je!

JALAN-JALAN
February 12, 2020 - 06:02 PM


Bila kita dah penat bekerja di pejabat selama 5 hari yang penuh dengan tekanan, pastinya bila tiba hujung minggu kita nak juga 'sweet escape' ke luar bandar untuk mencari ketenangan.

Bagi korang yang memang bekerja di sekitar Kuala Lumpur atau Selangor, dan nak cari tempat percutian yang dekat-dekat serta dikelilingi alam semulajadi -- korang mungkin boleh memilih Fifty4Ferns Resort yang terletak di Janda Baik, Pahang.

Lokasinya tak jauh hanya 45 minit sahaja dari KL.

Kawasannya yang luas dan nyaman sangat sesuai untuk korang lakukan pelbagai aktiviti seperti berbasikal,  melawat mini zoo, menaiki jambatan gantung, flying fox, mandi kolam dan jakuzi yang boleh korang lakukan secara percuma!

Di sini juga ada aktiviti lasak yang boleh korang cuba seperti ATV Rides. 

Fifty4Ferns Resort ini bukan sahaja dilengkapi dengan kolam renang dan tasik yang cantik, malah terdapat sungai yang boleh korang enjoy untuk aktiviti mandi-manda atau menangkap ikan bagi yang kaki pancing.

Menariknya, resort ini juga sangat sesuai untuk pasangan pengantin yang baru berkahwin berbulan madu dan menginap di rumah pokok yang diberi nama 'Sarang Burung'. Harganya bermula daripada RM400 semalam.

ALAMAT: Lot 12188, Lorong Cheringin, 28750, Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang

NO TEL: 019-345 4284

FACEBOOK: Fifty4Ferns

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah