Masjid Razaleigh Bakal Tarik Pelancong Ke Gua Musang, Akhir Tahun Ini

JALAN-JALAN
June 25, 2019 - 03:42 PM


Sebuah masjid baharu menyerupai model Masjidil Haram di Mekah bakal menjadi tarikan pelancong ke Gua Musang, Kelantan apabila ia siap dibina sepenuhnya menjelang hujung tahun ini.

Masjid yang diilhamkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah itu didirikan di atas tanah berkeluasan 1.5 hektar dan mampu menampung sehingga 5,000 orang jemaah.

Ketika ini masjid berkenaan masih lagi dalam proses pembinaan dan sudah 70 peratus siap serta dijangka dapat digunakan sepenuhnya pada bulan Disember nanti.

Berikut 5 info menarik mengenai masjid baharu ini:

1. Diberi nama Masjid Razaleigh bersempena nama Ahli Parlimen Gua Musang.

2. Dibina dengan kos bernilai lebih RM23 juta.

3. Keunikan masjid tertumpu kepada rekaan warna, jubin dan hiasan luarnya termasuklah sembilan menara setinggi 30 meter mirip Masjidil Haram.

4. Ruang tengah dibina kotak hitam empat segi yang akan mengalirkan air dari atas umpama Kaabah bagi memudahkan jemaah haji dan umrah berkursus sebelum ke Tanah Suci.

5. Dilengkapi kemudahan seperti ruang solat utama, dewan serba guna, rumah imam, ruang kelas, bilik komputer, perpustakaan, tandas dan tempat letak kereta.

Selain digunakan sebagai tempat ibadah, masjid ikonik itu juga memberi peluang kepada komuniti setempat untuk menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Malah, ia juga diharap menjadi satu produk pelancongan keagamaan yang popular dan bakal mengubah wajah Gua Musang sebagai pintu masuk negeri Kelantan yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah.

Sumber Gambar: Yayasan Al-Khalifah

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah