Lonely Planet Senaraikan 10 Tempat Terbaik di Asia Untuk di Lawati. Salah Satunya Ada di Malaysia

TARIKAN
July 17, 2017 - 06:40 PM


Baru-baru ini laman web Lonely Planet mengeluarkan top 10 tempat terbaik di Asia untuk di lawati. Salah satunya adalah Melaka. Melaka merupakan bandar bersejarah di Malaysia. Sememangnya penuh dengan keunikan dan juga makanan yang sedap-sedap. Cuma part paling kurang aku suka adalah Melaka terlalu banyak traffic light. But Overall Melaka memang salah satu tempat pilihan untuk di lawati.

Jom kita lihat selain Melaka di mana lagi tempat-tempat yang tersenarai. Mana tahu ianya boleh memberi idea dan inspirasi uantuk melancong atau honeymoon.

1. Gansu, China

Gansu Cina ialah sebuah wilayah yang terletak di barat laut Republik Rakyat China. Kedudukan wilayah ini adalah di antara Qinghai, Mongolia Dalam, dan Penara Huangtu, dan bersempadan dengan negara Mongolia di utara dan Xinjiang di barat. Sungai Huang He melintasi bahagian selatan wilayah ini.

2. South of Tokyo, Japan

2 bandar di selalan Tokyo antara tempat yang tersenai. Yokohama, metropolis kedua terbesar di negara ini, menagmabil masa perjalanan kereta api selama 20 minit dari ibu negara dan mempunyai daya tarikan yang besar dengan lokasi bayside, seni bina eklektik, kilang mikro dan masakan lazat.

Kamakura adalah sebuah bandar Jepun di Wilayah Kanagawa, kira-kira 50 kilometer (31 mi) di tenggara selatan Tokyo, Jepun. Ia pernah dipanggil Renpu 

3. Northern Kerala, India

India sebernarnya banyak tempat menarik sebenarnya. Cuma ramai masih tidak tahu akan keunikan tempat-tempat di India. Mungkin anda boleh cuba ke Northern Kerala, India pasti tanggapan anda terhadap India akan berubah. 

4. Keong Saik Road, Singapore

Keong Saik Road merupakan antara tempat yang di rebuild selepas mengalami zaman kegelapan satu ketika dahulu. Kini Keong Saik Road sangat menarik dan dipenuhi dengan bangunan yang mempunyai seni dan decoration yang cukup menarik. Jika ke Singapura anda boleh masukkan Keong Saik Road sebagai salah satu destinasi untuk anda terjah.

5. Astana, Kazakhstan

Astana ialah ibu negara Kazakhstan dengan jumlah penduduk 577,300 orang pada tahun 2007. Astana ialah bandar kedua terbesar selepas bandar Almaty. Ia terletak di selatan tengah Kazakhstan iaitu di wilayah Aqmola.

Astana asalnya sebahagian daripada Siberia yang telah membina sebuah kubu besar dsan dinamakan Akmolinsk. Kemudian menjadi stesen kereta api persimpangan utama dan semakin maju sehinggalah Perang Saudara Rusia.

6. Takayama, Japan

Takayama amerupakan sebuah bandar di pegunungan Gifu, Jepun. Jalan-jalan sempit di daerah bersejarah Sanmachi Suji dipenuhi dengan rumah-rumah saudagar kayu pada zaman dahulu, disanajuga terdapat banyak muzium kecill. Bandar ini terkenal dengan Festival Perayaan Takayama setiap dua tahun, kembali ke sekurang-kurangnya pertengahan tahun 1600-an, merayakan musim bunga dan musim luruh dengan hiasan menampilkan payung terapung dan wayang.

7. Xi’an, China

Xi'an ialah ibu negeri Provinsi Shaanxi di Republik Rakyat China dan juga sebuah bandar sub-provinsi. Sebagai salah satu kota tertua di China, Xi'an merupakan salah satu Empat Ibu Negara Purba China kerana bandar ini telah menjadi pusat pemerintahan banyak dinasti-dinasti China yang paling berpengaruh termasuk Dinasti Zhou, Qin, Han, Sui dan Tang. Xi'an adalah titik paling timur dari Jalan Sutera dan dikenal sebagai tapak bersejarah Tentera Terracotta dari masa Dinasti Qin.

8. Sri Lanka’s Hill Country

Bagimereka yang sukakan percutian yang mencabar dan di kelilingan gunung gananng inilah tempat nya. Suhi di sini agak sejuk memandangkan tempatnya yang tinggi. Selain itu, disini juga di penuhi dengan sejarah peninggalan british.

9. Melaka City, Malaysia

Bandaraya Melaka, bandaraya bersejarah merupakan ibu negeri Melaka, Malaysia. Bandaraya ini merupakan bandar ke-8 diwujudkan di selatan Malaysia. Bandaraya ini diisytiharkan sebagai UNESCO Tapak Warisan Dunia selain daripada George Town pada 7 Julai 2008. Bandar sejarah di Malaysia ini hanya terletak kira-kira 2 jam dari Kuala Lumpur sahaja.

10. Raja Ampat, Indonesia

Merupakan salah satu destinasi impian setiap orang. Namun untuk ke sini bukannya mudah disebabkan pengangkutan utama adalah melalui udara. Salah satu tempat menarik yang yang perlu singgah jika ke Raja Ampat adalah perkampungan di atas awan. 

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah