Pahang Bakal Jenamakan Semula Percutian Berkonsepkan 'RakitStay'

JALAN-JALAN
August 25, 2021 - 10:50 PM


Korang pernah dengar tentang percutian berkonsepkan 'RakitStay'? Mesti jarang atau tak pernah dengar, kan...hehehe

Sebenarnya penggunaan jenama 'rakitstay' merujuk kepada rumah rakit di pesisiran sungai yang banyak terdapat di Rompin, Pahang iaitu sekitar 50 buah di Sungai Pontian dan Sungai Rompin.

Konsep percutian yang unik dan menarik ini dapat memberikan para pelancong pengalaman tidur dan menginap secara terapung di atas permukaan air.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin, berkata penggunaan 'rakitstay' itu masih dalam penelitian Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Namun pihaknya akan berusaha dalam menjenamakan semula percutian berkonsepkan rumah rakit di bawah kategori chalet  bagi menaik taraf penginapan pelancongan di negeri itu.

"Kita memaklumkan bahawa ini (rakitstay) adalah cadangan yang baik, kerana penjenamaan adalah aspek penting dalam sektor pelancongan, seperti Kuantan dengan Menara Kuantan 188, Raub sinonim dengan durian Musang King dan Cameron Highlands sebagai kawasan suhu sejuk", katanya.

Mohd Sharkar berkata demikian ketika menjawab soalan Mujibur Rahman Ishak (PAS-Chenor) yang ingin tahu jumlah rumah rakit atau rakitstay yang didaftarkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang.

P/S: Semoga percutian berkonsepkan rakitstay ini akan mendapat kelulusan MOTAC bagi merancakkan lagi industri pelancongan domestik kita. Sama-sama kita nantikan!

Sumber: BERNAMA

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah