Pernah Dengar Pasal 'God Light'? Nak Tengok Fenomena Ni Korang Kena Datang Ke Dabong, Kelantan!

JALAN-JALAN
July 27, 2020 - 11:36 AM


Bagi korang yang gemarkan aktiviti nature dan ekstrem, Kelantan sememangnya sebuah destinasi yang menjanjikan kepuasan tersendiri dalam meneroka khazanah alam semulajadi yang masih belum terusik.

Malah, jika korang berkunjung ke kompleks gua batu kapur yang dinamakan Kompleks Gua Ikan yang telah berusia 150 juta tahun di Dabong, Kuala Krai -- korang bakal terpegun dan teruja melihat sebuah fenomena luar biasa yang diberi jolokan 'God Light'!

Pertama kali melihat panorama 'God Light' ini sememangnya sesuatu yang menakjubkan dan ia berlaku apabila satu alur cahaya matahari menembusi terus ke dalam gua melalui celahan siling terus ke lantai gua hingga menghasilkan gambar indah seolah-olah kita dipanah dengan lampu 'spotlight'.

Namun untuk mengejar fenomena ini korang perlu mengatur jadual pendakian ke dalam gua seawal pagi kerana 'God Light' hanya dapat dilihat dalam tempoh 45 minit hingga 1 jam sahaja iaitu antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari sekiranya keadaan cuaca baik dan tidak mendung.

Jika lewat pendakian korang ke dalam Gua Keris di mana berlakunya 'God Light' atau berlaku hujan, mungkin korang akan pulang dengan perasaan hampa.

Bagaimanapun, korang jangan terlalu kecewa kerana kompleks yang mempunyai 4 jenis gua iaitu Gua Ikan, Gua Pagar, Gua Gelap dan Gua Keris ini mempunyai banyak lagi tarikan semulajadi yang bakal memberi kejutan untuk pengetahuan korang.

Sebagai contoh, Gua Keris diberi namanya kerana terdapat bongkah batu yang menyerupai "sebilah keris"  seolah-olah terpacak di dalam gua dan boleh dilihat oleh setiap pengunjung apabila tiba di gua ini.

Bahkan ketika menelusuri gua itu juga korang akan berjumpa dengan sebuah pintu yang berbentuk seakan-akan 'Tanah Serendah Sekebun Bunga' dan sama seperti peta Negeri Kelantan. Menarik, kan!

Bagi korang yang teringin melakukan aktiviti pendakian ke Kompleks Gua Ikan ini korang boleh menempah semua aktiviti tersebut serta banyak lagi aktiviti ekstrem lain dengan Jelawang Pipe Resort & Extreme Park yang baru dibuka sejak 2 tahun lalu dan menariknya ia dimiliki oleh seorang anak muda yang baru berusia 24 tahun bernama Wan Zonnum Al Masri atau lebih popular dipanggil 'Abe Mat'!

Malah destinasi pelancongan terbaharu di Dabong ini juga menawarkan penginapan menarik dengan pilihan bilik berbentuk 'Tube' (single, double & triple) serta rumah berbentuk 3 segi yang dekat dengan sungai dan menawarkan suasana alam yang tenang dan mendamaikan.

Berikut kadar harga bagi 1 malam untuk penginapan di Jelawang Pipe Resort & Extreme Park :-

Single Tube Room

  • RM60/Malam
  • Sesuai Untuk 2 Orang Dewasa
  • 1 Katil Queen
  • Termasuk Sarapan Pagi

Double Tube Room

  • RM100/Malam
  • Sesuai Untuk 4 Orang Dewasa
  • 2 Katil Queen
  • Termasuk Sarapan Pagi

Triple Tube Room

  • RM170/Malam
  • Sesuai Untuk 6 Orang Dewasa
  • 3 Katil Queen
  • Termasuk Sarapan Pagi
  • Tandas Persendirian
  • Tempat BBQ

Rumah 3 Segi

  • RM150/Malam
  • Sesuai Untuk 4Orang Dewasa
  • 2 Katil Queen
  • Termasuk Sarapan Pagi
  • Tandas Persendirian

Jika bercuti ke sini, korang jangan lepaskan peluang untuk mencuba kesemua aktiviti menarik yang disediakan dan korang tinggal pilih je untuk buat aktiviti apa..tapi min cadangkan korang wajib cuba 'Zipline' sepanjang 180 meter dengan pemandangan Gunung Che Tahir dan Air Terjun Sungai Batu dan 'Water Tubing' di Sungai Kenerong. Confirm best giler!

Di bawah ini pula adalah harga untuk semua aktiviti yang boleh dilakukan di Jelawang Pipe Resort & Extreme Park.

Tiket Masuk

  • Kereta – RM3
  • Motosikal – RM1

Berkhemah

  • Tapak Khemah – RM3/Seorang

Flying Fox/ Zipline

  • RM15/Seorang
  • Minima 5 Orang

Water Tubing

  • RM60/Seorang
  • Perlu menempah 3 Hari Sebelum Aktiviti

Via Ferrata

  • RM75/Seorang
  • Minima 3 Orang, 15 Orang, dan Keatas
  • Perlu menempah 3 Hari Sebelum Aktiviti

Waterfall Hiking

  • RM25/Seorang
  • Minima 5 Orang

Caving 

  • RM20/Seorang
  • Minima 5 Orang                                                                                                               

Bagi yang ingin merasai percutian berkonsepkan eko-pelancongan dan melakukan aktiviti outdoor, korang boleh memilih Dabong yang terletak kira-kira 2 jam setengah dari Kota Bharu.

Berpeluang melihat sendiri fenomena 'God Light' yang takkan korang temui di tempat lain serta menghabiskan 2 hari 1 malam menginap di Jelawang Pipe Resort & Extreme Park sememangnya satu pengalaman berharga dan sangat menyeronokkan yang pernah min lakukan seumur hidup.

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada pihak Tourism Malaysia yang sudi membawa rombongan pengamal media dan para blogger meneroka Dabong -- satu lagi 'Hidden Gems' negeri Cik Siti Wan Kembang menerusi program 'Ekspresi Media Kelantan 2020'.

JELAWANG PIPE RESORT & EXTREME PARK

Alamat : Kampung Sungai Batu Jelawang, 18200 Dabong, Kelantan

No Tel : 014-832 4363 & 019-386 7357

Facebook : Jelawang Pipe Resort

Kredit Gambar: BackPackerz & Vocab Kelantan

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah