Pusat Rekreasi Lubuk Timah, Sesuai Untuk Seisi Keluarga

JALAN-JALAN
October 13, 2021 - 02:26 PM


Pusat Rekreasi Lubuk Timah, yang terletak di Simpang Pulai Perak ini tak jauh pun dengan homestay D’Pallet Pengkalan. Ia dibuka bermula jam 8 pagi sehingga jam 7 malam setiap hari.

Selain kawasan air terjunnya yang memang sejuk sangat, ada kolam air panas yang bersaiz kecil tau. Untuk pengetahuan anda yang ingin berkunjung ke Cameron Highland. Pusat rekreasi Lubuk Timah ni  berada di pinggiran kaki bukit sahaja. Dari Tol Simpang Pulai, anggaran masa sekitar 10 minit memandu.

Namun tak ramai yang tahu dan kurang berminat. Rasanya mungkin disebabkan kurangnya aktiviti promosi & pemasaran.

Kemudahan yang ada di sini boleh kata memang terbaik. Selain kebersihan dan dijaga, ada kawasan khusus untuk aktiviti menunggang kuda dan memanah.

Selain itu, ada juga rumah penginapan sesuai untuk aktiviti seperti kem motivasi. Ada surau dan juga bilik mandi yang memang puas hati.

Jika dari jalan besar, anggaran masa untuk sampai ke Pusat Rekreasi ni kira-kira dalam 1 minit sahaja. Tapi cukup tenang dari hiruk pikuk jalan besar.

Bagi yang bercadang untuk beriadah di sini, caj yang dikenakan pun agak berpatutan . Untuk dewasa, RM5 sahaja. Manakala kanak-kanak di antara umur 4-12 tahun & warga emas, caj nya ialah RM3. Bawah 4 tahun, PERCUMA.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah