Be Ready 'Travel Bubble' Dijangka Siap Pada Minggu Hadapan
JALAN-JALANAugust 27, 2020 - 11:15 AM
Kalau anda semua masih ingat, pada bulan Julai yang lalu Menteri Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri berkata MOTAC sedang mempertimbangkan langkah dalam memperkenalkan ‘travel bubble’ terhadap kawasan berstatus hijau (green zone).
Kalau nak tunggu sesebuah negara tu betul-betul bebas COVID-19 agak sukar. Jadi pihak MOTAC sedang melihat kawasan-kawasan yang bebas dan selamat untuk pelancong pergi. Dan Datuk Seri Nancy telah bekerja keras sejak dua bulan yang lalu untuk memastikan ‘travel bubble’ ini berjalan dengan lancar.
Dan akhirnya garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) untuk ‘travel bubble’ dengan beberapa negara yang mempunyai green zone terpilih akan siap minggu depan. Selepas itu, garis panduan tersebut akan diserahkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk penilaian.
Inisiatif ini adalah satu langkah yang bagus bagi meningkatkan ekonomi pelancongan di Malaysia. Malah menurut Datuk Seri Nancy, survey yang melibatkan 13,787 respondent mengatakan bahawa majoriti rakyat Malaysia memilih untuk melancong dalam negara.
Bukan tu je, kalau korang ada cuba nak bercuti baru-baru ni mesti hotel banyak penuh dan booked betul tak? Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia banyak menyokong industri pelancongan domestik.
Kepada anda yang mahu melancong ke luar negara tu sabar sikit lagi ya. Harapnya dengan ‘travel ‘bubble’ ni kita dah satu langkah semakin dekat dengan kehidupan normal seperti sebelum ini.
Sumber: Berita Harian
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah