Tak Payah Susah-Susah Ke Thailand Nak Tengok Bunga Matahari, Perlis Pun Ada!
JALAN-JALANFebruary 24, 2020 - 04:08 PM
Siapa yang tak suka terutama kaum wanita untuk melawat ladang bunga matahari yang pernah viral di Lopburi, Thailand -- sehingga ada yang memasukkannya ke dalam bucket list destinasi percutian impian mereka.
Bagaimanapun, untuk melihat bunga matahari di negara jiran itu adalah terhad pada bulan November, Disember dan Januari sahaja.
Tetapi sekarang ni korang dah tak perlu risau, sebab di negara kita sendiri juga sebenarnya terdapat ladang bunga matahari yang tak kurang hebatnya dan ia berbunga cantik sekitar bulan Januari hingga April.
Ladang yang dimaksudkan terletak di Taman Ular dan Reptilia, Kangar, Perlis!
Dengan harga tiket semurah RM6 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak), korang akan dapat menikmati keindahan bunga berwarna kuning keemasan serta bergambar cantik berlatar belakangkan deretan bunga matahari yang sebesar muka.
Ladang bunga matahari yang sudah mula dibuka sejak Julai 2019 itu beroperasi bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.
Selain bunga matahari, korang juga boleh datang ke sini dengan membawa keluarga dan anak-anak kerana di taman ini turut dipamerkan lebih 150 spesies ular menarik untuk dilihat.
Malah, demonstrasi berdepan dengan ular turut diadakan dua kali sehari pada setiap hari minggu untuk tontonan pengunjung.
Best, kan..lagi dekat, jimat masa & duit. Tak perlu dah nak terbang jauh sampai ke Thailand. Hehehe
Sumber: Taman Ular Dan Reptilia Negeri Perlis
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah