3 Port Cendol Di Sekitar Lembah Klang Yang Korang Wajib Cuba

MAKAN
January 05, 2021 - 02:53 PM


Kalau di Korea ada bingsu sebagai dessert, Malaysia pula ada cendol. Cendol merupakan sebuah minuman pencuci mulut gabungan dari santan, jeli hijau, ais, dan gula melaka. Selain daripada bahan-bahan asas ni, cendol juga boleh dihidangkan dengan pulut, jagung, kacang merah, dan yang paling famous, durian. Cendol durian ni memang kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia.

Jadi di sini Rileklah nak kongsikan 3 lokasi cendol durian yang menjadi kegemaran min dan orang ramai di sekitar Lembah Klang dan juga KL

 

1. Durian King TTDI

Peminat cendol durian mana je yang tak pernah dengar dengan nama Durian King TTDI ni. Cendol durian yang dihidangkan memang sangat sedap, portion dia besar pulak tu. Dan yang paling penting, durian yang diorang gunakan memang berkualiti tinggi dan banyak. Memang rasa lemak manis durian tu. 

Alamat: 179, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 3 petang hingga 12 pagi (Hari Minggu) dan 1.30 petang hingga 12 pagi (Hujung Minggu)

 

2. Cendol Bakar Kuala Selangor

Fuhh dengar nama lain macam kan? Memang unik kedai cendol ni kerana konsep yang digunakan memang lain daripada yang lain. Gula melaka yang diorang guna dibakar terlebih dahulu sebelum dicairkan dan masuk dalam cendol. Memang lagi pekat dan berganda-ganda keenakan dan kemanisan cendol di sini. Tambah lagi dengan durian, memang padu habis!

Alamat:  Lot 170, Batu 25 1/4, Jalan Klang, Kg Assam Jawa, 45700 Kuala Selangor, Selangor

Waktu Operasi: 11 pagi hingga 7 petang (Hari Minggu) dan 10 pagi hingga 7 petang (Hujung Minggu)

 

3. Cendol Durian Runtuh

Kalau korang nak portion durian seketul sebijik besar-besar, memang tak perlu tengok tempat lain lagi. Kualiti durian yang digunakan memang sangat manis dan terbaik. Senang cerita, puas hati dan berbaloi la makan kat sini. Tak cukup satu mangkuk guys, confirm tambah lagi!

Alamat: 57, Lorong Raja Bot, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 3 petang hingga 3 pagi (Setiap Hari)

 

Jom Makan Cendol Durian!

Jadi itulah dia 3 lokasi terbaik untuk makan cendol durian di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur. Jujurnya ada banyak lagi lokasi-lokasi yang min tak explore lagi. Jadi jangan risau, bila min dah try semua lokasi tu, min akan update lagi okay? Selamat menjamu selera!

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah