Emart24, Kedai Serbaneka Korea Paling Popular Kini Dibuka Di Malaysia
MAKANJune 25, 2021 - 04:43 PM
Setelah pembukaan CU Mart beberapa bulan yang lalu, kini dapat dilihat bahawa kedai serbaneka dari Korea Selatan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di kalangan rakyat Malaysia. Semakin banyak kedai serbaneka Korea melebarkan sayap mereka di Malaysia.
Baru-baru ini, Emart24, salah satu kedai serbaneka Korea yang paling terkenal dan berkembang pesat, membuka cawangan pertamanya di Malaysia. Kedai serbaneka Emart24 terletak di Bangsar South dan mula dibuka kepada pelanggan.
Emart24 memperkenalkan kedai serbaneka yang lari konsep dari kita biasa lihat dinding berwarna putih dengan menawarkan makanan jalanan Korea, kopi aromatik, makanan ringan Korea, ayam goreng, pau, bingsu (ais kepal) dan rangkaian K-Beauty yang luas.
Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang yang ada buat peminat makanan dan barangan Korea dan terus berkunjung ke sini.
Sumber: Emart24 Malaysia, Vocket
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah