Kopi & Teh – Minum Kopi Dalam Cawan Terbalik Di Café Yang Terletak Di Kuantan Ini

MAKAN
October 14, 2020 - 07:09 AM


Waktu sekolah rendah dulu, mesti korang pernah tekap cawan yang penuh air dekat kertas atau pinggan dan terbalikkan cawan tersebut. Memang tak akan jatuh dan tumpah air tu. Menggunakan konsep yang sama, café di Kuantan, Pahang ini mengetengahkan menu unik mereka iaitu kopi terbalik.

Café ini dibuka pada tahun lepas dan mempunyai pelbagai jenis makanan untuk pelanggan mereka. Pada awalnya, owner kedai ini, Leanna ingin buka café kecil sahaja namun kemudiannya menyewa sebuah kedai lama yang agak besar. Nama Kopi & Teh datang daripada dirinya yang sukakan teh dan suaminya yang suka kopi.

Inspirasi untuk menu dan kopi terbalik ni datang daripada pengalaman mereka yang selalu travel ke negara lain. Ini kerana pekerjaan mereka sebelum ini adalah photographer. Dan idea untuk kopi terbalik ni pula datangnya dari Aceh, Indonesia. Kopi terbalik lebih dikenali sebagai Kopi Khop di sana.

Cara nak minum mudah je. Letak je straw di bawah tu dan hirup kopi tersebut. Selain daripada kopi terbalik, café ini juga dikenali dengan Nasi Geprek Ayam Crispy mereka. Sama seperti menu tadi, ia mengambil inspirasi dari negara jiran kita. Bukan tu je, banyak lagi makanan lain yang korang boleh nikmati di sini. Selain tu, ada juga pelbagai jenis kek yang sangat sedap untuk dimakan.

Dan kepada yang minat teh jangan risau. Ada banyak pilihan di sini dan salah satunya adalah salted cookies boba. Ianya memang sangat berbeza dengan teh boba lain di luar sana. Mengandungi campuran salted caramel, brown sugar, dan butter cookies. Memang sedap gila malah ia menjadi kegemaran owner kedai ni sendiri.

Yang paling best kalau korang datang waktu petang, bolehlah korang ambil gambar cantik-cantik di café ni kerana astetik kedai ini menggunakan cahaya semula jadi. Jadi sambil makan sambil bergambar la nanti. Kalau korang ada pertanyaan lebih lanjut boleh lawati media sosial mereka di:

 

Facebook ǀ Instagram

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah