Ombok Cherating - Makanan Breakfast Sepanjang Hari Di Tepi Pantai
MAKANDecember 24, 2020 - 10:44 PM
Breakfast merupakan salah satu nikmat dunia kalau korang duduk di Malaysia. Macam-macam menu yang boleh korang pilih seperti nasi lemak, roti canai, laksam, nasi dagang, kuih, western, dan banyak lagi la. Kadang-kadang tu kita sampai mencari-cari makanan breakfast walaupun dah lunch dan dinner kan? Jangan risau, ada satu restoran di Kuantan yang menyediakan makanan breakfast sepanjang hari iaitu Ombok Cherating.
Restoran ini memang terkenal dengan servis baik dan friendly dari staf mereka, makanan yang sangat sedap, dan suasana yang tenang. Kalau korang nak datang waktu happening, tunggu musim monsun kerana pelancong yang ramai tiba untuk sukan luncur air. Di restoran ini makanan utama mereka adalah English breakfast, sandwich, dan nasi goreng untuk sepanjang hari.
Jadi korang tak perlu risau la kalau perut korang teringin nak makan makanan breakfast, boleh datang je ke Ombok Cherating ni. Mereka juga turut menyediakan mango cheesecake yang sangat sedap. Coffee mereka juga boleh tahan, memang ada yang datang sini hanya untuk lepak minum kopi sambil menikmati pemandangan pantai yang indah.
Jadi itulah dia keunikan restoran Ombok Cherating ni. Makanan sedap, pemandangan yang cantik, harga yang berpatutan, apa lagi yang korang nak? Dan jangan lupa untuk bergambar di kedai ni sebab astetik dia agak unik memberi gambaran seolah-olah korang berada pada zaman dahulu. Untuk info lanjut boleh pergi ke laman media sosial mereka. Selamat menjamu selera!
Alamat: 1006-1 Kedai Jalan Kemamam, Kampung Cherating, 26080 Balok, Pahang, Malaysia
Waktu Operasi: Selasa hingga Ahad, 10 pagi hingga 5 petang. Isnin tutup.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah