Wow, Dah 17 Ribu Shares Resepi Siakap Stim Ala Thai Ni. Jom Cuba Untuk Buka Puasa!
MAKANApril 30, 2020 - 05:26 PM
Siapa yang tak suka dengan hidangan makanan dari negara jiran kita, Thailand? Semuanya sedap-sedap belaka, kan!
Sesiapa yang pergi bercuti ke sana mesti tak sah kalau tak pekena makanan dia, sampai kadang ada yang travel ke sana semata-mata nak jalan-jalan cari makan je.
Kalau untuk menu berbuka korang tak tahu nak masak apa, apa kata korang cuba resepi yang viral di media sosial ni apabila telah mendapat 17 ribu perkongsian iaitu 'Resepi Ikan Siakap Stim Ala Thai' daripada seorang pengguna Facebook, Zurina Zulkefli.
Jom kita tengok bahan-bahan dan cara penyediaan menu ini yang sangat menyelerakan untuk hidangan berbuka nanti :-
BAHAN-BAHAN:
✓ Seekor ikan siakap
✓ 2 biji limau nipis
✓ 1 batang serai
✓ 5 hirisan halia
✓ 3 tangkai cili kecik merah
✓ 3 tangkai cili kecik hijau
✓ 5 ulas bawang putih
✓ 1 batang daun ketumbar
✓ Setengah kiub pati ayam
✓ Sos ikan
CARA PENYEDIAAN:
1) Cara Kukus Ikan
✓ Bersih ikan siakap dan hiris bahagian badannya
✓ Masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan
✓ Perah jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir
✓ Kukus ikan ke dalam periuk kukus selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.
2) Cara Masak Kuah Stim Ala Thai
✓ Cincang bawang putih secara kasar
✓ Gorengkan bawang putih yg telah dicincang di dalam kuali sehingga warna keemasan - kerangupan bawang putih goreng menaikkan aroma ikan siakap stim
✓ Padamkan api kuali lansung masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, 4 sudu besar sos ikan, 1 sudu kecil gula, cili hijau dan merah, lebihan serai dan perahan jus limau.
✓ Rasa dahulu kuah, sekiranya termasin sila tambah sedikit air.
✓ Kacau kuah sehingga sebati.
3) Kukus Ikan Bersama Kuah
✓ Tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun kertumbar.
✓ Kukus lagi ikan siakap bersama kuah selema 3 minit.
✓ Sedia dihidang.
Sumber: Zurina Zulkefli menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah