7 Pulau di Semenanjung Malaysia Super Cantik Tapi Tak Ramai Yang Tahu

TARIKAN
December 06, 2017 - 03:41 PM


Orang kita sekarang sibuk nak ke pulau-pulau luar Malaysia. pastu bila harga mahal bising pulak. Di semenanjung Malaysia juga terdapat banyak pulau-pulau yang cantik. Contohnya perhentian dan redang. Tapi itu terlalu common. Apa kata korang cuba ke 7 pulau yang tak popular ni.

 

1. Pulau Rawa, Besut - Terengganu

Memang tak dinafikan, terdapat ratusan pulau menarik di Terengganu yang kaya dengan keindahan hidupan laut. Antaranya adalah Pulau Rawa. Aik, Pulau Rawa bukan di Mersing, Johor ke?

Ha, jangan terkejut bila tahu Terengganu pun ada Pulau Rawa tau. Pulau ini berdekatan Pulau Perhentian dan tak ramai menyedari kewujudannya. Peminat aktiviti snorkeling harus berkunjung ke sini kerana airnya sangat jernih sehingga boleh nampak ikan-ikan berkeliaran di gigi air

 

2. Pulau Bunting, Yan - Kedah

Pasti tak ramai menyangka terdapat sebuah pulau indah di negeri Jelapang Padi ini. Daerah Yan sangat terkenal dengan ikan tenggiri, malah Pulau Bunting ini menjadi lubuk bagi kaki pancing.

 

3. Pulau Songsong, Yan - Kedah

Berjiran dengan Pulau Bunting, Pulau Songsong ini tidak berpenghuni dan merupakan tempat pendaratan penyu bertelur. Pulau ini memang kena dengan dunia penyelam skuba. Bermacam spesies ikan boleh ditemui di sini

 

4. Pulau Gemia, Marang - Terengganu

Selain dikenali sebagai Coral Island atau Gem Island, Pulau Gemia memiliki panorama matahari terbit yang sangat indah dan romantik.

Kedudukannya yang berhampiran Pulau Kapas sering menggamit pelancong berkunjung ke sini untuk aktiviti snorkeling, menyelam dan menikmati pemandangan pantai yang menawan.

 

5. Pulau Tinggi, Mersing - Johor

Rimas dengan kehidupan kota yang sibuk? Pulau terpencil ini akan membuat percutian anda tenang dan lebih menyeronokkan dengan aktiviti seperti memancing, berkayak, berenang dan menyelam skuba.

Lebih menarik, lawatan ke pulau-pulau berhampiran atau membuat pengunjung boleh meredah hutan untuk menjejaki laguna dengan air terjun yang jarang diusik hanya 30 hingga 45 minit perjalanan.

 

6. Pulau Susu Dara, Besut - Terengganu

Terletak berhampiran Pulau Perhentian, Pulau Susu Dara ini menarik pelancong untuk menikmati keindahan dunia bawah laut menerusi aktviti snorkeling kerana airnya yang jernih membolehkan kita melihat ikan di dasar laut dengan jelas.

Selain itu, pasir halus di pulau ini sangat halus dan cantik sekali. Memang seronok nak berbaring di bawah sinaran matahari!

 

7. Pulau Tenggol, Kuala Dungun - Terengganu

Pulau Tenggol adalah syurga bagi penyelam dengan 20 tempat menyelam menarik dan cantik untuk dinikmati. Dulu, pulau ini tidak berpenghuni, namun kini beberapa hotel dan resort disediakan bagi keselesaan pelancong.

Bagaimana? Pernah dengar kesemua tujuh pulau indie yang disebutkan di atas? 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah