Tak Perlu Pergi Jauh Kat Kedah Pun Ada Musim Bunga "Sakura"
TARIKANApril 02, 2018 - 11:30 AM
Bulan april merupakan musim bunga di kebanyakkan negara-negara asia yang mempunyai 4 musim. Antara destinasi paling popular untuk tengok sakura adalah di Jepun dan Korea. Namun, pada musim bunga juga merupakan antara "peak season" dimana masa inilah harga tiket flight dan hotel melambung tinggi. Nak kek destinasi itu pastinya memakan belanja yang agak tinggi.
Kini tak pergu risau. Nak tengok musim sakura korang tak perlu pergi jauh pun. Dekat Kedah dan Perlis pun ada. Pokok Tekoma atau lebih popular dipanggil dengan gelaran Sakura Kedah sudah mula berbunga.
Biasanya musim bunga sakura Kedah bermula sekitar bulan Mac apabila keadaan cuaca panas dan hujan sedikit pada waktu petang berlaku. Ternyata, landskap bandar raya di Kedah terutamanya di Alor Star dan kawasan sekitarnya berubah wajah apabila pokok Tekoma mula mengeluarkan bunga.
Keadaan ini persis musim sakura di Jepun. Dengan kehadiran musim sakura Kedah ini, ramai netizen yang mula memuat naik gambar mereka berangan-angan seperti berada di luar negara di media sosial
Bukan sahaja penduduk yang berada di sekitar Kedah, mereka yang dari jauh seperti Kangar, Perlis malah dari Kuala Lumpur juga datang ke sini untuk melihat dengan sendiri pemandangan tersebut dan memuat naik gambar OOTD mereka.
Fenomena ini berlaku setahun sekali, iaitu bermula daripada bulan Mac hingga ke awal April. Ini kerana bunga Tekoma tidak mampu bertahan lama dan berkembang penuh bergantung suhu panas musim kemarau, jika musim hujan kembali ia akan luruh.
Dua tahun lalu, suhu di Kedah mencecah 38 darjah Celsius, sehinggakan pokok ini hanya dipenuhi dengan bungabunga semata! tiada daun langsung yang kelihatan." Selain di Kedah, pokok Tekoma juga boleh dilihat di Batu Pahat. Jadi, bagi anda yang hendak melihat dan mengambil gambar OOTD bersama dengan pemandangan yang cantik ini boleh singgah sebentar di bandar Alor Setar ya!
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah