Resipi Kuih Kerbau Guling Kelantan Dan Popular di Bulan Puasa

MAKAN
June 01, 2018 - 01:04 PM


Kuih viral untuk tahun 2018 jatuh kepada...... Kerbau Guling Kelantan... 

Kuih ini yang mula-mula diperkenalkan di sebuah bazar Ramadan di Rantau Panjang kini menjadi trending dan ramai yang begitu teruja untuk mencubanya. Tak kurang dari itu, ada juga yang mencuba untuk membuatnya sendiri.

Untuk makluman semua, kuih kerbau guling ini cukup terkenal di Kelantan dan juga selatan Thailand. Jika di Selatan Thailand ia dikenali sebagai kuih hitam.

Namun jika di daerah Rantau Panjang ianya dikenali sebagai kuba guling. Nama Kerbau Guling ini diambil daripada warna kuih ini yang hitam seperti kerbau dan berguling guling di dalam kelapa sebelum dihidangkan. Jadi dari situlah munculnya nama kerbau guling.

Namun usah bimbang, walaupun namanya agak pelik, rasanya memang enak untuk dicuba.

Jom cuba resipi Kuih Kerbau Guling

Bahan-bahan

  • 250gm tepung beras
  • 200gm gula
  • 150gm tepung jagung
  • 1/2 sudu makan kapur
  • 3 sudu tepung beras pulut
  • 1/2 cawan santan pekat Tempurung bakar (ambil air hitam sahaja & tapis) pastikan tempurung yang bersih
  • Air 1liter lebih (lihat pada kepekatan)
  • sedikit pewarna hitam (tambahan)
  • Secubit garam

Cara-cara membuatnya

1. Masukkan semua bahan di dlm kuali. Kacau sehingga sebati barulah buka api. Kacau semua campuran itu di atas api yang sederhana sehingga menjadi likat.

2. Sediakan loyang saiz 8 inci dan sapukan minyak. Tuangkan adunan yang sudah siap tadi. Tunggu sehingga sejuk. Selepas sejuk potong dan guling-gulingkan bersama kelapa muda parut yang dicampur sedikit garam.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah