5 Pulau Terbaik Di Asia Menurut Readers’ Choice Awards
JALAN-JALANOctober 18, 2018 - 01:00 PM
Reader’s Choice Awads adalah anugerah pembaca yang diperkenalkan oleh salah satu laman web luar negara. Setiap tahun, diorang ni akan buat poll untuk pembaca mereka mengundi destinasi-destinasi terbaik seluruh dunia.
Untuk tahun ini, anugerah tersebut dibahagikan kepada kawasan seperti Asia, Australia, Eropah, Amerika Utara dan seluruh dunia. Untuk kitorang, dah tentu-tentulah kita fokuskan kepada apa yang ada di Asia!
Jadi, tak kiralah korang cari kepulauan yang terpencil ke, nak yang happening ke, boleh rujuk senarai 5 pulau terbaik di Asia ni.
1. Siargao, Philippines
Kalau nak diikutkan cerita, Siargao ini ditemui oleh peluncur air (surfer) yang selalu cari ‘port’ baru untuk surfing. Maka dijadikan cerita, diorang jumpa pulau yang se-coet ni.
Pulau yang berbentuk seakan-akan air mata di Filipina ini terdapat lebih daripada 15 kawasan ideal untuk surfing. Lagenda surfing Kelly Slater katanya suka betul surf area sini, ada kawasan Cloud9 (kawasan paling digemari dan ideal oleh surfer).
Kalau korang tak layan surfing, jangan risau, pantai dia ada pasir yang memutih. Memang cun kalau masuk dalam Instagram. Hehe.
Untuk ke sini: Ambil penerbangan ke Manila, kendian ke Cebu. Atau beli flight terus ke Cebu. Dari Cebu, korang kena naik penerbangan lagi untuk ke Lapangan Terbang Sayak (Siargao).
2. Boracay, Philippines (Ditutup Sementara Hingga 26 October)
Dari segi saiz, Boracay ni takdelah besar mana. Cuma, pulau yang terletak di barat Filipina ni terletak di lokasi yang sangat strategic dan cantik. Memang boleh dilabel sebagai salahs atu pulau yang Instagram-able lah kata orang. Snap gambar tak payah edit-edit dah.
Cumanya, buat amsa ini Boracay ditutup sementara waktu untuk kerja-kerja pemuliharaan. Biasalah, bila dah overcrowded, lepastu perangai masing-masing pun tak reti nak menghargai. Tapi, dengar-dengar cerita, ia akan dibuka semula 26 Oktober nanti.
Untuk Ke Sini: Naik flight ke Manila, kemudian ke Caticlan; dari sini kena menaiki bot untuk sampai.
3. Palawan, Philippines
Masih lagi di Filipina, Palawan ni tak payah nak diceritakan kecantikannya kot. Boleh dikatakan ‘otai’ yang sentiasa ada dalam senarai pantai terbaik seluruh dunia. Salah satu tarikan popular di Palawan ni adalah Puerto Princesa Subterranean River, sungai yang diwartakan sebagai tapak warisan UNESCO.
Untuk ke sini: Dari Manila, guna flight lebih kurang 1 setengah jam ke Puerto Princesa, airport utama di Palawan. Ataupun, gunakan khidmat feri 24 jam dari Manila ke pulau ini.
4. Langkawi, Malaysia
Ye, jangan terkejut. Langkawi masuk juga dalam senarai pulau paling cantik di Asia. Terdiri daripada gugusan 99 buah pulau-pulau kecil, Langkawi jugak dikenali sebagai ‘Permata Negeri Kedah’.
Baik daripada pantai, shopping, persekitaran alam yang cantik; semuanya ada di langkawi. Nak tahu apa yang menarik di Langkawi, boleh baca entri ini :
ARTIKEL : 5 TEMPAT PALING POLULAR DI LANGKAWI
5. Bali, Indonesia
Bali, tak akan ada persekitaran atau keindahan yang sama dari segi budaya dan sebagainya. Popular sebagai tempat untuk ‘honeymoon’, Bali jugak sesuai untuk mereka yang nak cuba travel solo. Kalau pelancong datang ke Bali, ramai yang suka sewa motor, sebab boleh teroka Bali dengan lebih bebas.
Walaupun kadar kemasukan pelancong agak tinggi ke Bali, tapi ada juga beberapa tempat terpencil yang cantik, dan dikelilingi kehijauan alam semulajadi. Contohnya di Ubud.
Kalau nak ke Bali, jangan ke Denpasar atau Kuta, dua destinasi tu adalah ‘tourist trap’. Pergi ke kawasan yang terpencil, hujung-hujung kota.
Nota : Gunung Agung adalah salah satu gunung berapi yang aktif dan dianggap suci oleh rakyat tempatan. Kalau nak ke Bali, pastikan waktu selamat dan pastikan tahu siapa untuk dihubungi kalau berlaku letusan atau bencana.
ARTIKEL : Letusan Gunung Agung Selepas 53 Tahun
Sekian sahaja senarai yang ada, kami tahu ada beberapa lagi tempat yang tak termasuk dalam senarai top 5 Readers’ Choice Award ni, antaranya syurga skuba Pulau Raja Ampat, tapi bukan bermaksud tempat tu tak cantik ye. Ini pilihan pembaca laman web tersebut.
Mungkin, Rileklah akan wujudkan satu anugerah dari pembaca jugak ke satu hari nanti. Masa tu, korang undilah ye.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah