Ada RM50 Je, Tapi Nak Bawa Awek Dating Pusing KL?

GAYA HIDUP
February 25, 2019 - 01:31 PM


Bosan dengan makan malam atau pergi tengok wayang untuk dating dengan pasangan korang?

Kat sini ada beberapa idea menarik yang mungkin korang boleh cuba tanpa perlu menipiskan dompet masing-masing.


#1. Makan Aiskrim

Hanya kurang dari RM10, korang berdua boleh menikmati aiskrim dekat McDonald atau Family Mart. Kalau takut lapar sangat, sedap juga makan aiskrim bersama kentang goreng.

Sambil tu bolehlah korang menghabiskan masa berjam-jam berborak ‘heart to heart’ mengenai kehidupan masing-masing atau merancang masa depan bersama.

 

#2. Minum di Helipad

Minum jus buah-buahan segar atau berkongsi koktel bersama tersayang sambil menikmati pemandangan indah matahari terbenam dan bangunan pencakar langit di tengah-tengah Kuala Lumpur kurang daripada RM50.

Alamat: 34 Floor Menara KH, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur.

 

#3. Dating dengan Si Bulus

Kalau anda dan pasangan merupakan seorang pencinta kucing, Purradise Cat Cafe, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) adalah lokasi wajib yang korang kena singgah.

Dekat sini ada lebih kurang 25 ekor kucing yang boleh membuatkan korang gembira dan tersenyum apabila bermain bersama mereka.

Bayaran masuk dekat sini ialah RM18 setiap seorang selama satu jam (termasuk satu minuman ringan / jus segar / kopi / teh / coklat percuma). Selepas sejam pertama - RM4 dicaj untuk seorang bagi setiap 15 minit.

 

#4. Ice-Skating

Mesti ramai yang tak confident untuk dating dekat tempat luncur ais,kan? Lepas tu, mesti ada yang segan sebab tak reti main dan malu kalau jatuh macam nangka busuk depan pasangan korang, kan?

Jangan risau, dekat sinilah korang boleh pegang tangan secara romantik sepanjang masa. Tempat luncur ais yang boleh korang kunjungi ialah di Malaysia National Ice Skating di Empire City, Petaling Jaya.

Untuk butiran harga dan waktu operasi, rujuk gambar di bawah.

Tip Nak Jimat: Pastikan korang bawa stoking dan sarung tangan sendiri dari rumah.

 

#5. Berkayak

Kelab Tasik Putrajaya menawarkan banyak aktiviti rekreasi yang boleh korang lakukan seperti berkayak, berkanu, bermain basikal

Harga: Kayu tunggal - RM10 / jam. Kanu Kanada atau kayak berkembar berganda - RM20 / jam.

 

#6. Daki Broga

Broga Hills di Semenyih, popular di kalangan pendaki yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki bukit. Jadi memang sesuai kalau korang bawa pasangan untuk menikmati matahari terbit di puncak Broga.

Selain dapat tubuh badan yang sihat dan udara segar, korang pun boleh abadikan foto bersama di puncak bukit ini untuk disimpan sebagai kenangan.

 

#7. Mandi di Sungai Chilling

Mempunyai air terjun antara yang tercantik, Sungai Chilling di Kuala Kubu Bharu adalah lokasi paling sesuai kalau korang dan pasangan nak merasai kedinginan alam semulajadi.

Tapi, sebelum nak sampai ke air terjun korang kena trekking sikit dalam 45 minit untuk dapatkan pemandangan air terjun yang menakjubkan dan mandi-manda dalam air yang sangat menyegarkan.

 

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah