Wow! Ingat Dekat Miami, Rupanya Di Seberang Takir, Terengganu Je

VIRAL
April 29, 2019 - 01:13 PM


Baru-baru ini, di media sosial viral beberapa gambar cantik persis seperti pemandangan indah kalau korang berkunjung ke Australia, Miami atau London.

Tapi bila belek punya belek, banyak dalam gambar berkenaan terselit kelibat Jambatan Angkat Terengganu iaitu satu mercu tanda ikonik baharu di negeri itu yang bakal beroperasi awal Jun ini.

Sumber: DD&friends

Sumber: Nasir Ali

Sekali memang betul la, gambar-gambar cantik yang dikongsikan netizen itu sebenarnya dirakamkan di Pantai Seberang Takir, Kuala Terengganu berdekatan dengan Jambatan Angkat tersebut.

Seberang Takir merupakan sebuah perkampungan nelayan yang terletak di muara Sungai Terengganu dan sepanjang pesisir Laut China Selatan.

Sumber: Nasir Ali

Ia sangat terkenal dengan aktiviti tangkapan ikan dan pembuatan keropok lekor.

Justeru tak hairanlah, kawasan itu juga terkenal di kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa yang ingin menikmati keindahan Terengganu.

Sumber: Nasir Ali

Lebih istimewa, di perkampungan nelayan itu juga disediakan perkhidmatan bot penambang bagi membawa para penumpang ke Bandaraya Kuala Terengganu dari Seberang Takir.

Perjalanan menaiki bot hanya mengambil masa antara 15 hingga 20 minit dan rata-rata penumpang adalah terdiri daripada peniaga Pasar Payang, yang menjadi destinasi popular pelancong untuk membeli-belah.

Sumber: Muntazar Fadhli
Sumber: Muntazar Fadhli

Terbaharu, apabila Jambatan Angkat yang dikatakan bakal menjadi ‘Draw-Bridge’ terpanjang dunia itu siap dibina dan mula dibuka untuk laluan sebelum Aidilfitri ini maka kawasan di sekitarnya terutama Seberang Takir juga bakal meraih perhatian pengunjung yang ingin bercuti ke sana.

Sumber: Alieft_

Tapi, apa-apa pun sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab bila ada lokasi pelancongan baharu yang menarik di negara kita, tolonglah jangan cemarkan atau rosakkan kemudahan yang ada di situ.

Jaga serta peliharalah kebersihannya supaya ia kekal cantik dan indah seperti mana destinasi pelancongan di luar negara.

Sumber: Hizami

Jangan gambar je nampak macam dekat oversea, tapi bila kita pergi realitinya amat menyedihkan. So, sama-sama kita jaga ok!

Baca ini: 'Jambatan Angkat' Jadi Mercu Tanda Ikonik Baharu Terengganu

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah